web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Projek High Council Dah Buktikan Jumlah Pengikut Media Sosial Tak Penting! - Bront Palarae

Menurut Bront, kekuatan serta tularnya sebuah naskhah yang baik bukanlah bergantung kepada jumlah pengikut pelakon di laman sosial tetapi keserasian watak serta gaya lakon yang meyakinkan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2023 6:00PM

Bront Palarae - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

“Saya Dah Cakap,”

Demikian reaksi pelakon dan penerbit Bront Palarae mengulas sebuah drama tempatan, 'Projek High Council' yang telah membuktikan kejayaannya tanpa meletakkan syarat pelakon harus mempunyai jumlah pengikut tertentu di laman sosial.

Menurut Bront, kekuatan serta tularnya sebuah naskhah yang baik bukanlah bergantung kepada jumlah pengikut pelakon di laman sosial tetapi keserasian watak serta gaya lakon yang meyakinkan.

“Kenapalah sebelum ini kita percaya jumlah pengikut di laman sosial lebih penting daripada kesesuaian bakat? Kita juga tak faham cara pihak atasan berfikir sebab bila tengok semula, teori pelakon kena ada jumlah pengikut yang banyak pun tidak berjaya juga. Drama tak laku juga. 

“Sebelum ini kita mengharapkan agar ada sebuah projek yang boleh meyakinkan mereka (pihak atasan). Bila tengok 'Projek High Council' berjaya,  kita rasa gembira,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis tayangan perdana filem Rajah, semalam.

Sambutan hangat penonton yang membanjiri KLCC semasa sesi bertemu peminat baru-baru ini diharap dapat membuka mata para penerbit agar tidak lagi meletakkan syarat yang berat sebelah dalam pemilihan pelakon.

“Apa yang penting ialah sudut penceritaan dan gaya lakon yang meyakinkan. Ia dapat dibuktikan dengan sambutan penonton yang membanjiri KLCC. Sudah seperti fenomena Ada Apa Dengan Cinta.   

“Fenomena ini diharap dapat membuka mata penerbit untuk melihat keserasian memainkan watak itu lebih penting daripada pengikut di laman sosial. Sebab akhirnya nanti, kalau berlakon hebat, pengikut akan bertambah juga di laman sosial,” katanya. 

Terkini, Bront Palarae tampil membintangi sebuah filem Hollywood bertajuk Rajah yang menceritakan tentang Sir James Brooke yang berjaya menjadi Raja Putih pertama Sarawak. 

Filem Rajah menghimpunkan beberapa pelakon hebat daripada beberapa buah negara termasuk Josie Ho dari Hong Kong, Atiqah Hasiholan dari Indonesia, Dominic Monaghan dari British dan Hannah New dari United Kingdom. Rajah bakal menemui penonton di pawagam pada 9 Mac ini. - Getaran, 8 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Sleep Call Rekod Lebih 150,000 Penonton Dalam Masa 4 Hari

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Naim Daniel Dedah Cerita, Dia Sebetulnya Sedih Bila Rambutnya Terpaksa Dipotong Dek Kerana Watak ‘Ayam’ 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.

Filem & TV 1 hari yang lalu

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

Dibintangi barisan pelakon baharu dan berpengalaman seperti Nia Atasha, Yusuf Hashim, Faziq Mugris dan Scha Al-Yahya, Kisah Hati berkisar tentang konflik cinta...