web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sleep Call Rekod Lebih 150,000 Penonton Dalam Masa 4 Hari

Bront Palarae mengucapkan ribuan terima kasih kepada penonton di Indonesia atas kesudian mereka menonton Sleep Call

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2023 9:21AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Bront Palarae menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada lebih 150,000 penduduk Indonesia yang telah menonton filem terbaru lakonannya, Sleep Call.

Menerusi hantaran di X, Bront memaklumkan, jumlah tersebut direkodkan pada hari keempat tayangan.

Filem seram itu yang mula ditayangkan sejak 4 September lalu turut menampilkan aktres Laura Basuki dan Juan Bio One.

“Terima kasih kawan-kawan semua! 150,000++ penonton untuk filem saspen thriller pada hari ke-4. Kalian memang menakjubkan!,” katanya dalam bahasa Indonesia.

Menerusi ciapan sama, pelakon berkarakter itu turut mengajak orang ramai membeli tiket dan mencadangkan mereka menonton filem berkenaan Isnin nanti.

“Isnin ini adalah masa yang sesuai untuk menonton filem baharu ini di pawagam. Beli tiket sekarang,” katanya.

Sleep Call arahan Fajar Nugros itu mengisahkan seorang wanita yang bertemu seorang lelaki misteri berwajah tampan, selepas menggunakan sebuah aplikasi mencari jodoh. - Getaran, 16 September 2023

Sumber Foto: IG dan X @BrontPalarae

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa