web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Naim Daniel Dedah Cerita, Dia Sebetulnya Sedih Bila Rambutnya Terpaksa Dipotong Dek Kerana Watak ‘Ayam’ 

Menurut Naim, demi mejayakan watak ‘Ayam’ dalm drama terbaharunya ‘Projek High Council’ dia sanggup mengorbankan rambutnya yang panjang.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2023 6:00PM

Naim turut menyifatkan dirinya cukup bangga apabila dapat turut terlibat bagi menjayakan naskhah arahan Anwari Ashraf yang cukup hebat itu. - Gambar Instagram Naim Daniel

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Biarpun drama bersiri, 'Project High School’ sudah berakhir, namun watak ‘ayam’ yang dibawakan Naim Daniel nampaknya masih berbekas di hati penonton. 

Namun, bagi menjayakan watak sebagai pelajar sekolah dalam drama bersiri tersebut, Naim sanggup memotong rambutnya yang panjang. 

Kalau sudah namanya pelakon hebat, apa sahaja sanggup dilakukan untuk menjayakan sesuatu watak yang diberikan.

Menurut Naim, selain mengubah gaya rambut, Naim turut membiasakan diri bertutur ‘lembut’ bagi mendalami watak ‘Ayam’.

“Memang sedihlah, apabila saya terpaksa potong rambut bagi  memenuhi kehendak watak ‘Ayam’ dalam drama bersiri itu. Pelajar sekolahkan, zaman bila pernah ada pelajar sekolah berambut panjang seperti Anuar Zain?

“Lagipun, kalau kita ikhlas berlakon, memang tidak boleh berkira. Tidak kisah berlakon atau menyanyi kita harus memberi seratus peratus fokus kita,” kata Naim kepada Getaran.

Pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin, 26,  ini turut menyifatkan dirinya cukup bangga apabila dapat turut terlibat bagi menjayakan naskhah arahan Anwari Ashraf yang cukup hebat itu. 

Bahkan, dia mengakui watak  sebagai ‘Ayam’ berkenaan, sedikit sebanyak memberi impak yang cukup besar sepanjang kerjaya lakonannya selama 19 tahun. 

“Sebagai anak seni, saya akhirnya melihat orang di luar sana terkesan dengan gerak kerja kita. Alhamdulillah. Sebenarnya bukan mudah menjayakan naskhah ini. Masing-masing memberi seratus peratus usaha untuk jayakan projek ini. Saya bangga turut terlibat dalam Projek High Council ini,” ujarnya.

Tambah penyanyi lagu ‘Sumpah’ itu, dia berharap akan berpeluang untuk melakonkan watak lebih mencabar seperti ‘Ayam’.

Jelas Naim lagi, dia inginkan watak yang mencabar bagi mengetahui potensi dirinya dalam perjalanan kerjaya lakonannya yang diceburi sejak zaman kanak-kanak itu.

“Sebenarnya saya bukan memilih watak, tetapi saya akui akan lebih meneliti watak yang bakal dijayakan pada masa akan datang, supaya nama Naim Daniel dikenali dengan lakonan versatile.

“Apapun, yang pasti saya sangat bersyukur kerana kerjaya lakonan masih bersinar hingga kini dan saya bersedia untuk mengadaptasi pembaharuan industri ini,” katanya.

Selain Naim, ‘Projek High Council’ yang mencipta fenomena tersendiri ketika ini turut dibintangi oleh Amir Ahnaf, Mierul Aiman dan Nadhir Nasar. – Getaran, 6 April Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bekalan, Harga Ayam Terkawal - MyCC

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Subsidi Ayam Tamat Rabu, Subsidi Telur Diteruskan - Menteri

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Tarikh Laksana Pengapungan Harga Ayam, Telur Diumum 30 Oktober - Menteri

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Ayam Naik? Tiada Laporan Kekurangan Bekalan Diterima Di Peringkat Ladang - DVS

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel