web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Disney+Hotstar Terjah Malaysia Ini Cara Melanggannya

Bermula 1 Jun ini, anda boleh menonton 800 filem dan 18 ribu drama seluruh dunia hanya dengan RM54.90 untuk tiga bulan.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 11:47AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ini mungkin pengumuman yang dinanti-nantikan oleh ramai orang sekali gus bakal memberikan saingan sengit kepada  pemilik platform penstriman yang lain. The Walt Disney Company hari ini mengumumkan platform penstriman mereka iaitu Disney+Hotstar bakal menemui pengguna di Malaysia bermula  1 Jun ini.

Kalau jenamanya Disney, sudah pastilah pengguna bakal memiliki jangkauan yang tinggi terhadap kandungan yang bakal dipersembahkan.  Pengarah eksekutif kandungan dan kreatif The Walt Disney Asia Tenggara, Dato Ahmad Izham Omar menjanjikan hanya karya yang terbaik sahaja dipilih untuk berada di laman penstriman itu. 

Bukan itu sahaja, memandangkan platform ini  boleh diakses secara global, filem, drama dan animasi karya anak tempatan kita juga diangkat untuk dipersembahkan kepada khalayak.

“Filem-filem Malaysia yang ada di platform kami bukan calang-calang. Terdapat beberapa filem eksklusif yang tidak masuk ke panggung tetapi dilancarkan terus di platform kami seperti J2:J Retribusi dan Zombitopia. Kami juga menampilkan animasi yang menjadi kebanggaan Malaysia iaitu Ejen Ali The Movie 2, Upin Ipin serta Alif & Sofia. 

“Anda juga boleh tonton drama-drama terkini yang disiarkan di TV9 dan TV3 terus di platform kami. Eksklusifnya, drama tempatan seperti 'Single Terlalu Lama' dan 'Kekasih Hati Mr.Bodyguard' yang bakal bersiaran di TV3 juga bakal  disiarkan pada jam 7 pagi hari yang sama ia ke udara.

Ini bermakna, pelanggan Disney+Hotstar boleh menonton siri drama berkenaan 15 jam lebih awal berbanding di platform lain,” katanya dalam sesi pelancaran yang diadakan secara atas talian hari ini. 

Dengan melanggan terus menerusi aplikasi Disney+Hotstar, anda hanya perlu membayar RM54.90 selama tiga bulan. Hasilnya, anda berpeluang menikmati 800 filem terbaik dan 18 ribu drama terbaik di seluruh dunia. Bukan itu sahaja, anda juga boleh melanggan kandungan mereka menerusi Astro.

Jadi agaknya, mana satu laman penstriman yang bakal memikat hati anda selepas ini ya? Kongsikan pada kami keterujaan anda! - Getaran, 4 Mei 2021.

Semua gambar ihsan The Walt Disney Company Malaysia.

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN