web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bongkar Kisah Benar Tentang Anwar Era Reformasi, Pengarah Sebak Filem Boleh Ditayangkan di Malaysia

Tidak hanya di Malaysia, malah Anwar juga merupakan figura politik terkenal dan berpengaruh di Indonesia apalagi melihat keakraban pemimpin itu dengan bekas presiden republik Indonesia, BJ Habibie.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2023 1:00PM

Viva Westi - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengarah filem Anwar The Untold Story, Viva Westi mendedahkan naskhah terbaharu yang dihasilkannya akan membongkar 70 peratus kisah benar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa era Reformasi 1998. 

Tidak hanya di Malaysia, malah Anwar juga merupakan figura politik terkenal dan berpengaruh di Indonesia apalagi melihat keakraban pemimpin itu dengan bekas presiden republik Indonesia, BJ Habibie.

Ia sekali gus meyakinkan Westi untuk mengangkat perjalanan Anwar menentang rasuah ke layar lebar walau akur akan berdepan dengan beberapa risiko seperti filemnya mungkin tidak dapat ditayangkan di Malaysia.

Gambar oleh Wafa Aula
Gambar oleh Wafa Aula

“Indonesia mengenal Anwar melalui media apalagi dia memiliki hubungan yang sangat rapat dengan BJ Habibie. Siapa yang tidak mengenali Anwar di Indonesia? Dia pernah masuk ke dalam televisyen beberapa kali ditemu ramah. Malah Indonesia menjadi negara pertama yang dikunjunginya selepas menjadi Perdana Menteri. 

“Filem ini akan menceritakan 70 peratus kisah benar Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa reformasi iaitu sekitar 1993 hingga 1998. Mengenang proses pembikinan ini, saya mahu nangis,” katanya dengan nada sebak ketika ditemui Getaran di sidang media majlis peluncuran filem Anwar The Untold Story semalam.

Sebelum melakukan penggambaran untuk filem ini, Westi sememangnya tahu dan faham akan keadaan politik Malaysia pada ketika itu yang mungkin menyebabkan filemnya tidak dapat ditayangkan di Malaysia. 

Namun begitu, Westi selalu berharap akan berlaku keajaiban semasa pilihan raya di Malaysia seterusnya membolehkan filem arahannya itu ditayangkan di negara ini dan ternyata hasratnya dimakbulkan, Anwar The Untold Story bakal menemui penonton Mei ini.

Viva (tengah) ketika menghadiri majlis pelancaran 'Anwar The Untold Story' baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman
Viva (tengah) ketika menghadiri majlis pelancaran 'Anwar The Untold Story' baru-baru ini. - Gambar oleh Azim Rahman

“Penggambaran filem ini dilakukan senyap-senyap iaitu secara fokus. Kami tidak mahu proses pembikinan filem ini terganggu. Pelakon masih boleh muat naik gambar di media sosial cuba tidak boleh tag ini filem Anwar kerana kami mahu memberitahu khalayak dengan cara yang elegan.

“Saya memang berharap ia boleh ditayangkan di Malaysia. Saya memang berbincang dengan pihak penerbit (Zunar) sekiranya filem ini tidak ditayangkan di Malaysia, maka kita akan tayangkan di Indonesia. Jika tidak boleh juga, kita tayang di platform Over-The-Top, jika tidak boleh juga, ya sudah kita tayang di Youtube,” katanya lagi.

Filem terbitan Bianglala Entertainment yang menelan belanja RM10 juta itu bakal menampilkan pelakon handalan seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Dewi Irawan dan Piet Pagau. - Getaran, 2 Mac 2023 


 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN