web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Tidak Disatukan Dalam Scene Panas Itu - Alif Satar Jawab Isu Tentang Filem 'Pulau' 

“Saya dah agak akan timbul kerisauan itu tapi di set penggambaran bukan sahaja pelakon malah pengarah sendiri akan berbincang jika ada babak yang dirasakan kurang sesuai untuk saya lakonkan,” kata Alif. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2023 2:00PM

Alif Satar - Gambar oleh Wafa Aula

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Alif Satar sudah menjangkakan akan timbul kerisauan dan rasa kurang senang warganet selepas sedutan filem Pulau memaparkan sedikit adegan ‘berani’ menemui khalayak beberapa hari lalu. 

Sebagai salah seorang pelakon dalam filem ini, Alif bagaimanapun mendedahkan pengarah, Euho berusaha menjaga sensitiviti semua pelakon dengan memastikan Alif tidak terlibat dengan babak panas berkenaan. Adegan berani itu pula hanya dilakukan oleh pelakon bukan berbangsa Melayu.

“Saya dah agak akan timbul kerisauan itu tapi di set penggambaran bukan sahaja pelakon malah pengarah sendiri akan berbincang jika ada babak yang dirasakan kurang sesuai untuk saya lakonkan. 

“Saya juga faham citarasa dan keselesaan penonton Melayu. Kadang jika ada babak yang terlalu berani, saya nasihatkan pengarah untuk ubah. 

“Bukan sahaja untuk menyelamatkan saya, tetapi juga untuk menyelamatkan keseluruhan filem tersebut,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media filem Pulau.

Biarpun adegan panas menjadi perbualan hangat di media sosial hari ini, Alif bagaimanapun meyakinkan filem ini menawarkan sebab lain yang wajar untuk ditonton oleh semua. 

“Euho adalah satu-satunya pengarah yang ambil kertas dan lukiskan bagaimana sosok hantu dalam filem ini dan ia membuakan saya rasa dia sangat bersungguh-sungguh menghasilkan Pulau. Selain itu skrip yang ditampilkan juga sangat menarik, lain daripada kebiasaan filem hantu. 

“Barisan pelakon pula sangat memaparkan Malaysia, terdiri daripada pelbagai kaum. Antara mereka, saya yang paling tua dan mudah bergaul dengan semua. Lokasi penggambaran filem ini juga sangat menarik, kami duduk sebulan di Langkawi,” tambahnya.

Pulau menceritakan tentang sekumpulan pengunjung yang melanggar pantang larang pergi ke sebuah pulau terbiar. Akibat kedegilan itu, mereka berdepan dengan situasi cemas sehingga meragut nyawa. - Getaran, 17 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Jangan Risau, KKM Sentiasa Pantau Rapat - Menteri

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

 Alif Satar Perluas Kempen #GengSubuhMacamJumaat Ke UK

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Kedah Catat Jumlah Tertinggi Penyakit Berkaitan Strok Haba

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN