web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pathaan: Filem Shah Rukh-Deepika Padukone Bakal Jalani Semakan? CBFC Suruh Penerbit Patuhi Sentimen

Filem terbitan Yash Raj Films yang diterajui Shah Rukh Khan-Deepika Padukone itu dilaporkan bakal diubah suai untuk menenangkan hati puak pelampau sayap kanan.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 5:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nampaknya, Pathaan yang diterajui Datuk Shah Khan dan Deepika Padukone bakal disemak semula ekoran kontroversi hangat yang tercetus daripada babak lagu 'Besharam Rang' di dalam filem tersebut. 

Beberapa badan agama di beberapa bahagian di India telah menimbulkan isu mengenai pakaian bikini berwarna jingga menyala yang dipakai Deepika Padukone. 

Menurut mereka, warna ‘saffron’ seperti itu dikaitkan dengan Hindutva dan agama Hindu. Terdapat juga isu lain berhubung judul filem itu sendiri.

Nampaknya filem itu kini sedang dikaji semula oleh badan Lembaga penapisan di India iaitu CBFC dan mereka telah memaklumkan penerbit Pathaan untuk mengubah beberapa perkara.

India Today telah menyiarkan laporan berita mengenai perkara itu. Nampaknya, CBFC mahukan versi yang disemak semula daripada penerbit Pathaan. Bahkan, pihak CBFC juga meminta mereka untuk mematuhi sentimen agama daripada orang ramai. 

Ahli-ahli agama dan fanatik agama juga telah mengugut akan membakar pawagam-pawagam jika Pathaan ditayangkan. 

Namun, kontroversi seperti ini bukanlah sesuatu yang baharu buat Deepika Padukone. Sebelum ini, Deepika pernah dikaitkan dengan kontroversi yang hampir sama dalam filem Padmaavat yang ditayangkan pada 2018. 

Kenyataan rasmi mengenai pengubahsuaian Pathaan masih belum diterima daripada Yash Raj Films iaitu rumah produksi yang menerbitkan Pathaan

Namun, versi baharu filem itu perlu dihantar kepada pihak CBFC sebelum filem ini mula ditayangkan pada Januari 2023. Ironinya, muzik video 'Besharam Rang' itu sendiri telah melepasi 100 juta tontonan 

‘Chemistry’ yang dicetuskan Deepika Padukone dan Shah Rukh di dalam lagu  ini telah diperkatakan ramai. Babak lagu yang menjalani penggambaran di Sepanyol itu juga menyaksikan Deepika tampil dengan beberapa pakaian mandi yang cukup glamor. 

Pathaan adalah sebuah filem bergenre aksi-thriller. Trailer filem ini yang berdurasi lebih 2 minit 30 saat banyak menampilkan aksi dan momen yang membuatkan adrenalin turun naik dengan begitu pantas. – Getaran, 30 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Bakal Berlakon Dengan Anak Perempuannya, Suhana Khan Dalam Projek Filem Terbaharu 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan dan Ranveer Singh Jadi Cameo Dalam ‘Stardom’ Arahan Aryan Khan

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Shah Rukh Khan Failkan Tuntutan Saman Selepas Klip Video dan Gambar Filem 'Jawan' Tersebar Dan Viral Di Internet

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 12 jam yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Filem & TV 1 hari yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

Pencapaian luar biasa itu sekali gus mengukuhkan kedudukan Polongsebagai antara filem tempatan paling hangat tahun ini.

oleh Rahayu MN