web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Undian Anugerah Drama Sangat 2023 Telah Dibuka Untuk 6 Kategori Popular 

Enam kategori yang dibuka itu adalah Drama Popular, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik dan Drama Novel Adaptasi Terbaik. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 10:00AM

Anugerah Drama Sangat 2022 - Gambar TV3

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sepanjang tahun 2022, TV3 telah menyajikan drama bersiri pelbagai genre yang menggamit perasaan dan emosi jutaan penonton. 

Antaranya, 'Budak Tebing 2', 'Ayahanda', 'Melur Untuk Firdaus', 'Bisik Bisik Gelora', '7 Hari Mencintaiku 3', 'Suamiku Lelaki Pendosa', 'Risik Pada Hati', 'Khilaf Asmara', 'Aku Tanpa Cintamu', 'Sekali Lagi Cinta Kembali' dan banyak lagi! 

Gandingan Meerqeen dan Anna Jobling dalam 'Melur Untuk Firdaus'. - Gambar fail
Gandingan Meerqeen dan Anna Jobling dalam 'Melur Untuk Firdaus'. - Gambar fail

Sehubungan itu, Anugerah Drama Sangat 2023 (ADS 2023) yang menggunakan tagline, Lagi Drama Lagi Rasa! kembali untuk edisi tahun kedua bagi meraikan setiap keringat dan tulang belakang industri hiburan kita. 

Secara keseluruhan, ADS 2022 mempertandingkan 12 kategori iaitu Drama Terbaik, Drama Popular, Pengarah Terbaik, Penulis Skrip Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pelakon Antagonis Terbaik, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik, dan Drama Novel Adaptasi Terbaik.

Terdapat enam kategori yang terbuka untuk undian peminat, selebihnya melalui penilaian juri profesional. Enam kategori yang dibuka itu adalah Drama Popular, Pelakon Lelaki Popular, Pelakon Wanita Popular, Pasangan Drama Terbaik, OST Terbaik dan Drama Novel Adaptasi Terbaik. 

Peminat drama Malaysia boleh mengundi bagi memilih pemenang untuk enam kategori terpilih.  Dan undian boleh dilakukan sebanyak 10 kali sehari untuk setiap alat peranti.

Undian telah pun dibuka dari 2 Disember sehingga 30 Disember, jam 11.59 malam menerusi laman web  www.xtra.com.my/anugerahdramasangat . - Getaran, 6 Disember 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Watak Mawar Menjadi Satu Pengajaran - Eyka Farhana Minta Suami Isteri Hati-Hati Dengan Wanita Penyondol 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

Sorotan

1

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

2

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

3

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

4

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

5

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

6

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 5 jam yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

Persamaan bahasa dan budaya antara Malaysia dan Indonesia menjadikan muzik sebagai medium yang mampu menyatukan emosi peminat di kedua-dua negara.

oleh Sophia Ahmad