web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

Anna Jobling juga mendedahkan dia bakal melebarkan kerjaya lakonannya di Indonesia selepas lebaran nanti. 

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2023 12:01PM

Meerqen dan Anna Jobling menafikan mereka bermasam muka. - Gambar Ihsan TV3

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tak tahu dari mana usulnya cakap-cakap yang mengatakan dia dan Meerqen saling bermasam muka, pelakon Anna Jobling tidak mahu ambil pusing mengenai dakwaan berkenaan.

Pelakon taruh siri drama Melur Untuk Firdaus itu mengakui sesekali mereka ada berselisih pendapat sama seperti manusia yang lain. Namun, semuanya berakhir dengan perbincangan tanpa menarik muka.

“Orang cakap macam-macam mengenai kami. Kalau kami ada berbeza pendapat, saya dan Meerqeen akan bincang elok-elok. Ia bagi mengelakkan salah faham. Saya dan Meerqeen di set baik-baik sahaja,” katanya ketika ditemui Getaran di majlis sidang media tayangan drama Melur Untuk Firdaus musim kedua. 

Bukan itu sahaja, sebaik sahaja drama Melur Untuk Firdaus yang pernah mencetuskan fenomena di sudah memasuki musim kedua, semakin hebat dan kuat pula harapan peminat agar Meerqeen dan Anna menjadi kekasih yang sebenar di dunia nyata sehingga ada yang mewujudkan sebuah tanda pagar khas buat mereka berdua. 

Merqeen dan Anna bakal muncul dalam Melur Untuk Firdaus musim kedua.
Merqeen dan Anna bakal muncul dalam Melur Untuk Firdaus musim kedua.

“Sebenarnya semua drama pun penonton akan kenenkan antara hero dan heroin drama itu.Tapi bila drama itu sudah tamat, penonton akan lupa. Bila kamu sudah berlakon dengan pasangan yang lain, mereka akan move on. Namun memandangkan kami sedang giat mempromosikan drama ini untuk musim kedua, maka saya dan Meerqeen akan dilihat kerab bersama-sama,” tambahnya.

Melangkah melebarkan kariernya untuk tahun ini, Anna mendedahkan sudah menerima banyak tawaran berlakon termasuk daripada negara jiran. Selepas lebaran, pelakon itu bakal membintangi sebuah naskhah daripada Indonesia yang belum didedahkan judulnya. 

Anna bakal melebarkan sayap ke Indonesia selepas lebaran ini.
Anna bakal melebarkan sayap ke Indonesia selepas lebaran ini.

“Saya tengok apa tawaran yang diberikan dan kita akan rancang karier secara strategik bersama-sama pengurus saya.

“Melihat kejayaan anak Malaysia di luar negara  memberikan saya motivasi untuk berlakon. Kita ada banyak bakat tempatan yang tidak kurang hebatnya namun mereka belum cukup ruang untuk kehadapan. 

“Saya rasa ia satu peluang yang sangat untuk menembusi pasaran Indonesia. Sebelum ini memang saya ada dapat tawaran berlakon filem dan drama di sana tapi tidak dapat dipenuhi kerana bertindih dengan komitmen lain. Tapi lepas raya saya akan fokus dengan satu tawaran filem di Indonesia. Ia juga menjadi debut saya dalam filem,” katanya tersenyum.

Drama arahan Zamri Zakaria yang mengandungi 35 episod  ini menemui penonton menerusi slot Akasia pukul 7.00 malam. - Getaran, 22 Mac 2023 


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

“Kami Baik-Baik Saja” – Anna Jobling Jawab Spekulasi Hubungannya Bersama Meerqeen Kian Renggang

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Watak Mawar Menjadi Satu Pengajaran - Eyka Farhana Minta Suami Isteri Hati-Hati Dengan Wanita Penyondol 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kalau Tak Dapat Sambutan, Saya Okay - Meerqeen Teruja Melur Untuk Firdaus Musim Kedua

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Anna Jobling Antara Individu Paling Popular Di Carian Google Malaysia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas