web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Watak Mawar Menjadi Satu Pengajaran - Eyka Farhana Minta Suami Isteri Hati-Hati Dengan Wanita Penyondol 

Pemilik nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 28, itu turut mengakui  mendapat pelbagai reaksi dan komen  menerusi di sosial media daripada peminat berhubung wataknya itu. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 1:15PM

Eyka Farhana - Gambar oleh Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon popular, Eyka Farhana yang membawakan watak sebagai Mawar dalam drama bersiri, Melur Untuk Firdaus musim kedua, mengakui sentiasa memastikan karya baharu lakonannya sentiasa berkembang dan tampil dengan penuh kelainan. 

“Sebenarnya, saya mahu berikan kelainan dalam lakonan dan mencuba pelbagai watak yang belum pernah dijayakan sebelum ini.

“Sebelum ini, saya sering mendapat watak yang baik-baik sahaja. Tapi, dalam Melur Untuk Firdaus musim kedua, saya cuba membawakan watak antagonis dengan menjadi wanita penyondol dalam kisah rumah tangga Melur dan Firdaus.

“Mawar dalam on screen itu hanyalah sekadar watak lakonan semata-mata dan sebagai pelakon tugas saya adalah untuk melakonkan watak itu dengan sebaiknya. 

"Bahkan, cuba merealisasikannya dengan sebaik mungkin. Membawakan watak seperti itu tidak bermaknanya ianya ada kaitan dengan saya."

Eyka Farhana membawa watak Mawar, seorang 'penyondol' dalam 'Melur Untuk Firdaus' musim kedua. - Gambar oleh Ellyna Ali
Eyka Farhana membawa watak Mawar, seorang 'penyondol' dalam 'Melur Untuk Firdaus' musim kedua. - Gambar oleh Ellyna Ali

Pemilik nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 28, itu turut mengakui mendapat pelbagai reaksi dan komen  menerusi di sosial media daripada peminat berhubung wataknya itu. 

“Ada peminat yang okay dan ada juga yang tidak. Mungkin ada peminat yang tidak biasa melihat saya dengan watak sebegini, tetapi inilah kelainan yang saya mahu tonjolkan agar mereka dapat tengok kepelbagaian dalam lakonan saya.

“Saya mahu dilihat sebagai seorang pelakon yang versatil, bukanya hanya sebagai ‘heroin’ sahaja. Nanti peminat bosan dan karier lakonan saya juga tidak akan berkembang. 

“Apapun, saya terima segala komen tersebut,” ujarnya pelakon jelita itu.

Tambah pelakon drama ‘Bila Hati Memilih Dia’ ini, watak Mawar di dalam 'Melur Untuk Firdaus' musim kedua ini merupakan sebagai satu kesedaran kepada pasangan suami di luar sana, akan kewujudan perempuan seperti ini.

Mawar hanya sekadar lakonan, untuk buktikan Eyka mampu membawa watak antagonis. - Gambar Ellyna Ali 
Mawar hanya sekadar lakonan, untuk buktikan Eyka mampu membawa watak antagonis. - Gambar Ellyna Ali 

“Watak  Mawar ini harus menjadi satu pengajaran kepada wanita di luar sana supaya menjadi lebih berhati-hati dalam rumah tangga mereka.

“Sejujurnya, pada mula saya membawa watak Mawar hanya sekadar lakonan, untuk buktikan saya boleh membawa watak antagonis juga. 

“Namun, apabila kini semakin hangat bualan berkenaan tentang kewujudan orang ketiga dalam sesebuah perkahwinan sehingga menjadi punca cerai di sana sini, jadi saya sedar, sebenarnya watak Mawar ini boleh jadi satu pengajaran kepada orang luar sana.

“Pasangan suami isteri di alam realiti, pasti akan melintas watak Mawar ini sekali dalam hidup mereka. Jadi mereka perlu lebih berhati-hati,” jelasnya.

Mengulas tentang mengapa Mawar di dalam Melur Untuk Firdaus musim kedua merupakan siri drama yang wajib ditonton, Eyka berkata, baginya, drama itu perlu ditonton kerana ia memiliki segalanya – ada kisah cinta, ada kisah sweet, ada sedih serta melibatkan famili.

Selain Eyka Farhana, Mawar di dalam 'Melur Untuk Firdaus' musim kedua turut dibintangi Merqeen, Anna Jobling, Azim Yusof, Fimie Don dan Sabrina Sharleen serta ramai lagi. – Getaran, 7 April 2023.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Cik Piah 10 Kali Lagi Lawa Dari Dia' - Wajah Feeya Iskandar Disamakan Dengan Mira 'Penyondol'

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Kalau Tak Dapat Sambutan, Saya Okay - Meerqeen Teruja Melur Untuk Firdaus Musim Kedua

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

Nurul Syuhada Dedah Apa yang Hafidz Roshdi Lakukan Dengan 'Si Penyondol'

Sorotan

1

‘Rider’ Disimbah Kuah Oden Panas, FamilyMart Mohon Maaf

2

Wanita Putus Kaki Dalam Kemalangan LPT2 Meninggal Dunia Di Hospital

3

SPR Tangguh Perbincangan PRN Negeri Sembilan, Mesyuarat PRN Johor Jadi Keutamaan

4

Tuanku Muhriz: Raja Adil Berhati Mulia, Bukan Gah Depan Kamera

5

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

6

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Muzik 5 jam yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Filem & TV 1 hari yang lalu

"Papa Zola The Movie" Kembali Ke Pawagam Mulai 11 Jun Sempena Hari Bapa

Bagi menjadikan tayangan itu lebih bermakna, peminat juga berpeluang mendapatkan kad eksklusif Papa Zola The Movie sebagai koleksi istimewa.