web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

Ditumbuk dan diugut dirogol bergilir-gilir! Mampukah Yana melarikan diri dari episod duka?

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 8:21AM

Antara babak dalam Khilaf Yang Tertulis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jika anda meminati lakonan Puteri Balqis, jangan lupa saksikan penampilannya dalam slot Samarinda, TV3 yang mempersembahkan siri terbaharu, Khilaf Yang Tertulis.

Siri yang dijadualkan tayangannya setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam ini dibarisi pelakon-pelakon hebat lain seperti Fasha Sandha, Ashraf Muslim, Fadlan Hazim dan Danish Hazriq. 

Khilaf Yang Tertulis mengisahkan tentang Misha (Fasha Sandha) sangat bahagia setelah berkahwin dengan Nordin (Fadlan Hazim) tetapi dalam bahagia tersimpan kesedihan di mana dia harus berperang dengan perasaan sendiri kerana anak-anaknya tidak merestui hubungan Misha dan Nordin. 

Nordin terpaksa berhadapan dengan Yana (Puteri Balqis) dan Rizal (Danish Hazriq) yang sering memberontak dan membencinya kerana tidak merestui perkahwinan ibunya. 

Melihat Nordin yang tertekan membuatkan Misha rasa bersalah dengan Nordin sehingga Misha merancang untuk pergi berbulan madu berdua dan meninggalkan anak-anaknya di Kuala Lumpur buat seketika untuk menenangkan diri mereka.

Yana yang baru sahaja dalam perjalanan pulang ke rumah dari kolejnya diculik oleh beberapa lelaki yang tidak dikenali dan diheret ke dalam kereta sebelum dilarikan ke kawasan yang tidak diketahui. 

Yana dibius sehingga tidak sedarkan diri. Apabila tersedar dia sudah berada di dalam bilik yang kelihatan seperti lokap. Dia cuba menjerit dan berbuat bising, sudahnya dia dipukul dengan teruk oleh lelaki bertopeng.

Misha dan Nordin mendapat berita bahawa Yana hilang. Walaupun panik, Misha dan Nordin merasakan yang Yana lari dari rumah kerana memberontak mengenai pernikahan mereka. 

Mereka yakin Yana akan balik juga ke rumah. Ini membuatkan Amir (Ashraf Muslim) merasakan Misha sudah tidak peduli dengan anak-anaknya. 

Jadi adakah Misha dan Amir membuat laporan polis tentang kehilangan Yana atau mereka hanya menanti kepulangan Yana?

Selain itu, adakah Misha menyesal dengan perbuatannya yang berkahwin dengan Nordin tanpa persetujuan anak-anaknya?

Untuk mengetahui kesudahannya, jangan ketinggalan untuk menonton Khilaf Yang Tertulis  menerusi slot Samarinda jam 10 malam di TV3. 

Anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store secara percuma. - Getaran, 6 Jun 2024

Foto : TV3

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Puteri Balqis Selar Pelakon Berusia 14 Tahun Yang Cuba Cari Fasal Dengannya, Netizen Petik Nama Qistina Raisah

3

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Isu Ketiadaan Gambar Naim Daniel & Sissy Iman Di Poster Family Duo, Media Prima Tak Sedia Beri Kenyataan 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang