web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Puteri Balqis Selar Pelakon Berusia 14 Tahun Yang Cuba Cari Fasal Dengannya, Netizen Petik Nama Qistina Raisah

Selepas Puteri Balqish menyelar perangai seorang pelakon berusia 14 tahun, netizen terus menyerang akaun Instagram pelakon cilik, Qistina Raisah

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 8:13PM

Puteri Balqis (kiri) mendakwa pelakon remaja berkenaan (Qistina Raisah (kanan) telah memerlinya di dalam sebuah video. - Gambar Instagram

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Baru-baru ini, pelakon remaja terkenal, Puteri Balqis telah memuat naik satu status di Instagram Story yang mendakwa ada pelakon remaja lain yang cuba mencari fasal dengannya.

Menurut Puteri Balqis, 16, atau lebih mesra dengan panggilan Aqish ini, pelakon remaja berkenaan telah memerlinya di dalam sebuah video.

“Kau ni baru 14 tahun. Tak banyak beza pun dengan aku. Tapi ‘cringe’ kay mengalahkan orang tua. Habis semua orang kau nak perli dalam video kau. Dengan aku yang tak bersalah ni pun kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau.

“Video tayang j*** hari-hari, tapi berlakon satu ‘award’ pun tak ada. Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia. Tak sanggup tengok dia flip hair 20 kali seminit. 

“Bangga dengan ‘boyfriend’ yang muka tak semenggah tu. Adoi, jangan babitkan aku. Ubat depresi aku nak dekat habis ni,” tulisnya dalam status itu.

Biarpun Aqish tidak menyatakan nama pelakon berkenaan, namun ramai netizen yang meneka pelakon yang dimaksudkan itu adalah Qistina Raisah.

Qistina Raisah - Gambar Instagram
Qistina Raisah - Gambar Instagram

Malah, netizen juga dilihat telah menyerang di bahagian komen akaun Instagram Qistina sebelum dia bertindak menutup ruangan komen di gambarnya yang dihujani dengan komen cercaan. Namun netizen tetap menjalankan tugas mereka untuk mengecam di gambar yang lain pula. 

Jika benar ada salah faham yang berlaku di antara Puteri Balqish dan Qistina Raisa, diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Kedua-duanya masih muda dan berbakat besar. Masih panjang perjalanan dalam industri seni ini. – Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

Sorotan

1

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

2

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

4

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

5

Muhyiddin ‘Sound’ Khaled, Bersatu Bukan Bertanding Sekadar ‘Kacau Daun’

6

PETROS Mula Pengeluaran Minyak Pertama, Hasilkan 800 Tong Sehari

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Melodi Tampil Dengan Wajah Baharu, Ain Edruce Kini Gandingan Kamal Adli 

oleh Rahayu MN