web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

Akui terkilan dan kesal, namun Liza Hanim tetap tabah selepas terima kecaman ketika mengadakan persembahan pada minggu pertama di All Star Gegar Vaganza

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2023 7:37PM

Penyanyi Liza Hanim selepas mengadakan persembahan pada minggu pertama All Star Gegar Vaganza. gambar Instagram Liza Hanim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kecoh apabila seorang warga siber (netizen) mengutuk wajah penyanyi Liza Hanim yang dikatakan berlubang dan memiliki hidung kembang ketika mengadakan persembahan pada minggu pertama program All Star Gegar Vaganza, baru-baru ini. Mengakui terkilan dengan kritikan itu, Liza Hanim tampil mempertahankan diri terhadap kecaman tersebut.

Penyanyi Liza Hanim selepas mengadakan persembahan pada minggu pertama All Star Gegar Vaganza. gambar Instagram Liza Hanim
Penyanyi Liza Hanim selepas mengadakan persembahan pada minggu pertama All Star Gegar Vaganza. gambar Instagram Liza Hanim

Menerusi hantarannya di Instagram, Liza Hamin atau nama sebenar Haliza Hanim Abd Halim mempersoalkan, adakah seseorang penyanyi itu harus memiliki wajah yang cantik untuk berjaya dalam industri tempatan dan antarabangsa.

“Bukan sentap tetapi saya perlu bercakap, kenapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apakah di Malaysia atau antarabangsa? Orang yang tak putih, hidung tak mancung memang tak boleh ke berjaya di Malaysia ini,” luahnya menerusi hantaran di Instagram semalam.

“Ya betul saya sedar dan saya sangat bersyukur dengan apa yang Allah SWT telah kurniakan pada saya. Selagi saya dan keluarga saya gembira, saya tak kisah la semua cantik atau buruk,” jelasnya.

Liza Hanim ketika membalas kritikan netizen di akaun Instagramnya. gambar Instagram Liza Hanim
Liza Hanim ketika membalas kritikan netizen di akaun Instagramnya. gambar Instagram Liza Hanim

Liza turut meluahkan rasa kecewa terhadap pengguna media sosial tersebut kerana berulang kali membangkitkan isu rupa parasnya dan pertikaikan kualiti suaranya semasa persembahan itu berlangsung.

“Tergamak nak bagi komen macam ni, berkali-kali pulak tu, why? Motif? Kekadang bahasa dan kata itu lagi penting dari rupa paras tau,” luahnya di ruangan komen. 

Liza Hanim ketika mengadakan persembahan di pentas All Star Gegar Vaganza. gambar Instagram Liza Hanim
Liza Hanim ketika mengadakan persembahan di pentas All Star Gegar Vaganza. gambar Instagram Liza Hanim

Bagaimanapun, Liza tetap bersyukur dengan wajah yang dikurniakan dan bakat yang dipinjamkan Allah kepadanya itu, malah dia tidak sedikit pun rasa tindakan tersebut menjatuhkan reputasinya sebagai penyanyi. Dia hanya menyifatkan tindakan itu sebagai tidak bertimbang rasa.

“Allah kurniakan bakat untuk saya boleh menyanyi tapi saya tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu mancung semua tu tapi saya tetap bersyukur. 

“Saya tak goyang dengan cacian kutukan kritikan sesiapa, tapi budaya sekarang agak melampau. Kadang-kadang saya tertanya juga rupa orang yang tulis ni macam mana la agaknya?,” tegasnya yang sudah berkecimpung dalam dunia nyanyian selama 26 tahun dan menganggap budaya sekarang banyak yang tidak bertimbang rasa dan tidak sensitif dengan keadaan semasa.

Liza Hanim membalas komen netizen di akaun Instagram miliknya.
Liza Hanim membalas komen netizen di akaun Instagram miliknya.

Terdahulu, seorang pengguna media sosial meninggalkan komen pada satu berita berkaitan Liza Hanim dengan menyatakan bahawa penyanyi itu tidak memiliki wajah yang cantik dan hidung yang sedikit kembang.

Kenyataan individu tersebut mengenai kekurangan tersebut menyebabkan kedudukan Liza Hanim sedikit terjejas dalam saingan itu berbanding penyanyi lain meskipun mempunyai suara yang hebat. - Getaran, 26 September 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Dendam Manis Liza Hanim Terbalas Selepas 27 Tahun

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa