web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2023 9:00AM

Orang ramai mendesak TNB memberi penjelasan segera berhubung kenaikan mendadak bil elektrik - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Kenaikan bil elektrik yang dialami sejumlah besar rakyat negara ini kian meresahkan.

Bingung dengan kaedah digunakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mengukur kadar penggunaan, majoriti rakyat yang terkesan dengan keadaan ini bertindak meluahkan perasaan masing-masing menerusi aplikasi video TikTok.

Akaun @aidhilmuhd misalnya, memuat naik keluhan seorang pempengaruh media sosial apabila bil elektrik miliknya melambung sehingga RM2,000.

Video yang dimuat naik pada 28 Jun itu antara lain memaparkan, gadis terbabit melahirkan rasa bingung dengan jumlah bil tertera.

@aidhilmuhd #bilelektriktinggi #bilelektrik ♬ оригинальный звук - Biz_Uyghurla

“Sangat-sangat terkejut. Nampak tak ni? RM2,000. Nak tahu tak bil bulan lepas berapa? RM40.50,” katanya.

Mengakui bingung dengan kaedah pengiraan oleh TNB, gadis terbabit juga meminta penjelasan TNB berhubung perkara itu.

Keluhannya turut disokong pemegang akaun berkenaan, iaitu pemuda dikenali sebagai Aidhil.

Jelas terperanjat dengan jumlah harus dibayar iaitu RM1,189.42, pemuda tersebut menegaskan, ia amat tidak logik kerana beliau jarang berada di rumah.

“Ya, tahu rumah landed, dua tingkat. Tapi saya ni dalam sebulan pun, belum tentu seminggu ada di rumah.

“Tengok bil bulan lepas, berapa? RM52 sahaja. Pelik kan? Kenapa drastik sangat naik,” katanya yang jelas kesal dengan keadaan itu.

Keluhan dua individu berkenaan turut dikongsi seorang lagi pengguna TikTok yang hairan dengan situasi dilalui.

Menggunakan akaun @dunia_aku, dia berkongsi jumlah bil perlu dibayar iaitu  RM270 berbanding hanya RM120 untuk bulan sebelumnya.

Video dimuat naik pada 1 Julai lalu itu turut meminta TNB segera membuat penjelasan.

“TNB apa cerita ni? Setiap bulan bil anggaran je, matilah camni,” katanya.

Kenaikan tidak munasabah bil elektrik menimbulkan keresahan pengguna - gambar TikTok
Kenaikan tidak munasabah bil elektrik menimbulkan keresahan pengguna - gambar TikTok

Pempengaruh dikenali sebagai Kak Bam pula memberitahu, dia amat terkejut apabila diberitahu, jiran birasnya yang hanya menghuni sebuah perumahan setinggan perlu membayar sehingga RM13,000.

“Baru-baru ni Kak Bam sembang (berbual) dengan Kak Bam punya biras, mengenai bil elektrik. Ya lah, ramai yang mengeluh kan.

“Biras Kak Bam ni duduk (tinggal) di kawasan setinggan. Dia pun pelik kenapa tiba-tiba orang TNB letak bil jiran dia di kotak milknya,” katanya.

Menerusi video dimuat naik pada 2 Julai itu, Kak Bam memberitahu, birasnya amat terkejut apabila melihat jumlah bil berkenaan mencecah RM13,000.

“Mungkin petugas TNB itu sendiri tak sampai hati mahu menyerahkan bil berkenaan kepada pemilik sebenar. Memang boleh kena serangan jantung,” katanya dalam video berdurasi lebih satu minit tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 Mei lalu mengumumkan, bil elektrik bagi golongan kaya atau yang menggunakan elektrik berlebihan akan dikenakan mengikut kos harga pasaran.

Jelas beliau, ia bagi mengurangkan beban pengguna domestik, khususnya golongan B40 dan M40. - Getaran, 17 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

2

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TNB Santuni 50 Keluarga Masyarakat India Di Lembah Pantai 

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad