Bagi menyemarakkan sambutan bulan Ramadan dan Aidilfitri yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam di dunia, Media Prima telah memperkenalkan tema 'Seindah Kasih' yang akan menyemarakkan lagi kempen Ramadan Raya 2023.
'Seindah Kasih' menampilkan Mimi Lana, Anas Ridzuan, Siti Saleha, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Ain Edruce dan Ejen Ali sebagai wajah kempen.
Selain itu, kempen tersebut juga melancarkan lagu tema 'Seindah Kasih' yang dinyanyikan oleh Bil Musa dan Aqmal Ramdan, naib juara Terpaling Juara.
Mesej yang ingin disampaikan menerusi tema kempen kali ini adalah untuk kita semua terus memperbaiki diri, mengeratkan perpaduan serta silaturahim dalam kalangan masyarakat majmuk, selain mendapat pahala berlipat ganda.
Tema 'Seindah Kasih' juga dipilih dipilih sebagai satu pesanan kepada umat Islam supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang dinikmati terutamanya selepas mengharungi pelbagai ujian ketika memerangi wabak COVID-19 dan bencana alam yang telah meragut nyawa dan merosakkan harta benda.
Kempen 'Seindah Kasih' dilancarkan menerusi siaran langsung program The Seindah Kasih Show di TV3 dan Tonton yang dihoskan oleh Fizi Ali dan Fiza Frizzy.
Ia dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti popular seperti Meerqeen, Anna Jobling, Ruhainies, Daniel Fong, Fedtri Yahya, Anas Ridzuan, Mimi Lana, Luqman Hafidz, Shasha Abedul, Datuk Chef Ismail, Michael Ang dan Ustaz Tarmizi serta persembahan nyanyian hebat daripada Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini dan Rahmad Mega.
Program selama satu jam ini memperkenalkan susunan aktiviti dan program-program menarik merangkumi genre inspirasi dan travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan sepanjang bulan Ramadan di TV3, TV9, Tonton serta Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda.

Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda Roadshow
Skuad Seindah Kasih X Jom Ronda akan mengembara ke serata Semenanjung Malaysia iaitu zon Utara, Selatan, Tengah dan Timur di bulan Ramadan bermula 22 Mac hingga 16 April 2023 untuk mengagihkan set iftar dan barangan keperluan ke rumah anak yatim, rumah kebajikan orang tua, golongan ibu tunggal dan juga golongan B40.
Tonton
Program yang disajika adalah Tonton Original: Seindah Kasih The Movie yang akan mula bersiaran di Tonton pada 12 April 2023. Ia dijayakan barisan pelakon seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Siti Saleha, Anas Ridzuan, Luqman Hafidz dan Shasha Abedul.
Selain itu, Tonton akan mempersembahkan Tonton Soundstage X Seindah Kasih yang menampilkan penyanyi lagu tema kempen iaitu Bil Musa dan Aqmal Ramdan.

TV3 dan TV9
Kedua-dua saluran televisyen ini menyajikan program-program menarik yang merangkumi genre inspirasi & travelog, drama, bual bicara, gaya hidup dan hiburan untuk tatapan penonton sepanjang bulan Ramadan ini.
TV3 menyajikan drama-drama yang menarik perhatian seperti 'Jaga Aku Selamanya' serta 'Bintang' (Lestari), 'Melur Untuk Firdaus 2' serta 'Kerasnya Takdir' (Akasia), 'Bukan Puteri Lindungan Bulan' (Samarinda), 'Misteri Flat Kirana', 'Sekali Aku Bahagia' (Sakura).
Manakala, program hiburan yang disediakan adalah seperti 'My Name Is Lola', 'Diari Daddy', 'Oh Mummy!' dan 'Shoppe Malam Ni: Ramadan Kasih Sayang'.

Program drama yang disajikan di TV9 juga tidak kurang hebatnya. Antaranya adalah 'Pia Cari Aku Di Syurga', 'Syurgamu Ramadan' dan 'Diari Ramadan Rafique'. Selain itu, saksikan juga animasi 'Mina Mila' dan 'Little Ammar' serta program realiti 'Dapur Tempur Ra-Ra'. – Getaran, 19 Mac 2023