web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Janji Happy’ Tawar Wang Tunai Sehingga RM9,000

Nantikan program-program menarik sepanjang bulan September di TV9 dan jadi salah seorang daripada 18 orang pemenang.

Filem & TV Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2024 12:10PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bulan September ini akan menjadi lebih meriah di TV9!  

TV9 kembali dengan peraduan tahunan yang dinanti-nantikan, ‘Peraduan Janji Happy’ sebagai tanda penghargaan kepada penonton setia yang menjadikan TV9 pilihan utama untuk informasi dan hiburan seisi keluarga.

Pada edisi tahun kedua peraduan ini, TV9 menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah sehingga RM9,000!  

Seramai 18 pemenang bertuah bakal membawa pulang RM500 setiap seorang, dan anda mungkin salah seorang daripada mereka! ‘Peraduan Janji Happy’  ini akan berlangsung dari 1 hingga 30 September 2024.

Untuk menyertai, caranya cukup mudah! Hanya tonton program-program terpilih di TV9 sepanjang bulan September, dan kira jumlah logo ‘Janji Happy’ yang muncul di skrin TV. 

Kemudian, anda perlu melengkapkan slogan secara kreatif tidak melebihi 20 patah perkataan.

Jawapan dan slogan tersebut hendaklah dihantar di ruangan komen pada posting peraduan di Facebook atau Instagram @TV9Malaysia. Paling penting, pastikan anda mengikuti akaun @TV9Malaysia sebelum menyertai!

Menurut Pengurus Besar, Pengurusan Kandungan & Siaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman, peraduan ini menerima lebih daripada 11,000 penyertaan dari seluruh Malaysia pada tahun lalu, lantaran itu terus dibawakan bagi menghargai sokongan penonton.

“TV9 menganggap bulan September sebagai bulan yang sangat istimewa. Jutaan terima kasih kepada penonton yang sentiasa menyokong kami dan menjadikan TV9 sebagai salah satu saluran paling berpengaruh di Malaysia!”

“Kami sekali lagi mengembalikan ‘Peraduan Janji Happy’ untuk penonton dan mereka berpeluang memenangi wang tunai dengan menonton program-program menarik seperti Buletin TV9, filem dan telefilem.”

“Kami di TV9 amat berbesar hati dengan sokongan dan sambutan yang berterusan daripada penonton setia kami dan kami akan terus berusaha untuk menyajikan lebih banyak program yang membina dan memberi manfaat kepada semua penonton,” ujar beliau.

Siap sedia di hadapan TV dan nantikan program-program menarik sepanjang bulan September ini. Saksikan telefilem seperti ‘Bini Aku Hantu Langsuir’, ‘Derhaka’, ‘Sekilas Qalbu’, ‘Misteri Maria’, ‘Ada Sejadah Panjang Terbentang’, dan ‘Anak Syurga’.

Selain itu, nikmati filem-filem blockbuster seperti ‘Rock’, ‘Rock 4: Rockers Never Dai’, ‘Yes, Madam!’, ‘Magnificent Warriors’, dan ‘Gong’ yang akan ditayangkan menerusi Skrin di 9, Kuasa 3 Malam, dan Wayang Hujung Minggu setiap hari pada jam 8.30 malam.

Selain itu, jangan lupa untuk mengikuti Buletin TV9 setiap hari pada jam 7.00 malam.

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Setiap penyertaan tertakluk kepada terma dan syarat.

Untuk maklumat terkini tentang program-program TV9, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial atau tonton menerusi myFreeview saluran 109, Astro saluran 149, Unifi TV saluran 109 dan Tonton live TV. – Getaran, 25 Ogos 2024

Berita Berkaitan

1

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

My #Qurantime 2.0: Bawa Penonton Hayati Pengembaraan Bersama Al-Quran, Sebanyak 2,114 Episod 

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

15 Tahun Menanti, Akhirnya Impian Naim Hashim Jadi Pembaca Berita TV Arus Perdana Jadi Kenyataan

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

TV9 Siar Perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM