web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2024 8:37AM

Kandungan baharu beri peluang penonton kongsi resipi dan mereka yang terpilih akan dijemput ke studio.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah lima bulan bersiaran dan menghiburkan penonton di TV9, program pagi kegemaran ramai, Nasi Lemak Kopi O (NLKO) kini kembali dengan musim dan wajah baharu yang lebih segar dan menarik bermula 3 Julai 2024.

Musim ini, program yang bersiaran secara langsung selama satu jam dari 10.30 pagi hingga 11.30 pagi pada setiap Rabu hingga Jumaat ini menjanjikan kandungan baharu yang lebih padat dan berinformatif, memberikan anda pengalaman menonton yang tidak pernah dirasai sebelum ini.

Sejak kembali bersiaran pada 17 Januari lalu, NLKO telah berjaya menarik perhatian lebih 6 juta penonton hingga Mei 2024. 

NLKO musim baharu ini tampil dengan pelbagai segmen menarik dengan penyusunan semula segmen yang lebih dinamik, menyaji dan membawakan pengisian informasi yang lebih bermanfaat dengan menggabungkan hiburan santai dan perbincangan mengenai isu-isu semasa serta barisan pengacara dari pelbagai genre.  

Salah satu lagi pembaharuan menarik dalam musim baharu ini adalah menerusi segmen ‘Santai NLKO’,  yang akan bersiaran dari luar studio untuk memberi nafas baharu kepada penonton dengan perkongsian informasi yang lebih meluas. 

Ia juga termasuk penemuan lokasi makanan menarik, hobi terkini, idea aktiviti dan lain-lain yang dapat meningkatkan pengalaman penonton dalam mencari aktiviti atau tempat baru untuk dijelajahi, serta memberikan lebih banyak inspirasi kepada mereka.

Bagi yang minat memasak, NLKO juga memperkenalkan segmen terbaru iaitu ‘Resolusi Resepi’ yang mana pengacara atau chef akan mendemonstrasikan masakan secara langsung menggunakan resipi yang dikongsi daripada penonton terpilih. 

Resipi akan dipilih melalui saluran media sosial, dan pencipta resipi yang terpilih akan dijemput ke studio. Segmen ini bukan sahaja mengenai perkongsian idea resepi yang pelbagai malah dapat memberi peluang penonton dan peminat NLKO muncul di kaca TV dan membuat demo masakan bersama pengacara NLKO kesayangan mereka.

Segmen ‘Petua Orang Dulu-Dulu’ pula membawa pelbagai pendedahan petua lama yang mungkin boleh diguna dan diamalkan sebagai ikutan dalam kehidupan seharian. 

Petua orang tua dulu-dulu yang akan dibincangkan, merangkumi perihal berkenaan tips kecantikan, kesihatan, masakan dan banyak lagi. Kita juga kerap mendengar bahawa generasi sebelum milenial sering kelihatan lebih sihat dan cergas dengan mengamalkan petua-petua lama. 

Selain itu, mereka juga lebih berpengalaman dalam mengendalikan pelbagai perkara dalam kehidupan mereka, yang mana ilmu yang digunakan boleh juga dijadikan panduan untuk penonton dan generasi yang akan datang.

Musim baharu NLKO ini masih mengekalkan tujuh pengacara versatil yang hebat dan ceria iaitu Erra Fazira, Fizo Omar, Fakhrul Radhi, Muaz Mohamed, Irfan Ali, Syamira Nazir dan Qila Shahirah.

“NLKO telah bersiaran sejak tahun 2008 dan kini kembali dengan gabungan pengacara lama dan baru. Saya percaya gabungan pengacara dan variasi kandungan baharu ini mampu memantapkan persembahan musim baharu ini.

“Penggunaan media sosial juga membantu kami di NLKO untuk mengetahui topik-topik yang menarik minat penonton, jadi kami pasti tidak ketinggalan memberikan kandungan yang dinantikan oleh penonton. 

“Selain itu, NKLO juga membuka peluang kepada peniaga-peniaga tempatan yang ingin mengetengahkan produk mereka,” ulas Fizo.

Tetapkan janji temu anda bersama pengacara-pengacara  NLKO yang diminati, bermula 3 Julai 2024, setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 10.30 pagi hanya di TV9 atau strim melalui Tonton di www.tonton.com.my.  

Aplikasi Tonton juga boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store. Siaran ulangan NLKO juga boleh ditonton pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad pada jam 7.50 malam hingga 8.30 malam. - Getaran, 3 Julai 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Watak Kegemaran Ramai, Mak Cun Kembali Bikin 'Havoc' 

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

3

TARA 3 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

4

TARA 4 tahun yang lalu

5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang