web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2022 12:45PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Toolsidas Junior (Netflix)

Sebuah filem arahan Mridul Mahendra bertajuk Toolsidas Junior baru sahaja memasuki Netflix minggu ini. 

Mengisahkan tentang hubungan seorang anak dan ayahnya. Masing-masing saling berjuang untuk menjuarai permainan snooker. 

Keluarga Toolsidas mempunyai bakat bermain snooker terutama anaknya, Varun. Namun, kehormatan mereka tercabar apabila mereka dikalahkan oleh keluarga lain dalam satu permainan. Selama cerita ini ditayangkan, penonton akan disajikan dengan kesungguhan yang menginspirasikan anak-beranak ini untuk mendapatkan kembali takhta mereka. 

Selain itu, penonton dapat menyaksikan kembali kemunculan semula Rajiv Kapoor setelah lama tidak melihatnya di layar skrin. - Wafa Awla

Bling Empire Musim Kedua (Netflix) 

Bling Empire adalah sebuah rancangan realiti yang berkisahkan gaya hidup mewah sekumpulan rakan berketurunan Asia di California, Amerika Syarikat. 
 
Musim kedua ini menyaksikan satu rahsia besar terbongkar yang mungkin menyebabkan keretakan dalam persahabatan mereka.

Rancangan realiti ini sesuai bagi mereka yang gemarkan drama dan tontonan yang santai. - Faizal Salim

Mat Gelap (Mubi) 


 Mat Gelap yang ditayangkan pada 1990 adalah filem pertama tempatan yang menggabungkan animasi dan watak hidup. 

Mengisahkan tentang Rahim (Imuda), seorang kartunis yang menjadi penyiasat persendirian sambilan. Rahim mahu membantu majikannya, Uncle Boss (Mano Maniam) menyiasat kes Mama Bosan tetapi diarahkan untuk menjaga kes yang lebih ringan. Rahim berkenalan dengan Tina (Liza Othman) dan mereka berdua terjebak dalam pergolakan kongsi gelap antara Mama Bosan (Sri Ratu) dan Al Kepong (Kamarool Haji Yusoff)

Mat Gelap sebenarnya adalah semua filem ringan namun berani. Entah kenapa, hampir tidak ada filem sebegini sekarang. 

Wajib tonton, terutama sekali jika anda merasakan Malaysia tidak pernah mengeluarkan filem yang ‘adventurous’. Juga wajib ditonton jika anda mahu melihat Kuala Lumpur pada hujung 1980-an dan awal 1990-an. - Ili Farhana

Pi Mai Pi Mai Tang Tu (Netflix dan YouTube TV3 Malaysia)

Bagi anda yang suka menonton sitkom, apa kata kali ini anda layan sitkom klasik tempatan yang pernah mencetuskan fenomena satu ketika dahulu iaitu Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Kini sitkom malar segar ini boleh dinonton di Netflix. Dibintangi oleh pelakon dan pelawak handalan berbilang bangsa seperti Imuda, Khatijah Tan, Sabri Yunus, Zami Ismail, Sathiya, Angeline Tan, Marlia Musa dan ramai lagi, sitkom ini pastinya bakal mengimbau semula kenangan anda menonton TV pada tahun 90-an. Pi Mai Pi Mai Tang Tu mengisahkan tentang kehidupan penduduk Flat Sri Wangi yang penuh warna-warni. Setiap episod mempunyai tema yang berlainan berserta pelakon undangan yang membuat kemunculan istimewa. - Helmi Anuar

Clark (Netflix)


Drama bersiri Clark ini adalah adaptasi autobiografi seorang penjenayah terkenal Sweden, dikenali sebagai Clark Olofsson. Mendapat sentuhan sutradara Jonas Akerlund, Clark dipaparkan sebagai pengedar dadah, penipu dan perompak bank yang licik hingga berjaya mempopularkan ekspresi 'The Stockholm Syndrome'. Saksikan kelicikan Clark, lakonan aktor terkenal Bill Skarsgard di Netflix mulai 5 Mei 2022. - Suzan Ahmad - Getaran, 29 Mei 2022.

Isu Pada

Menggapai Awan Biru

28 May 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

NLKO  Musim Baharu Kekalkan Erra Fazira, Fizo Omar Sebagai Pengacara

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Watak Kegemaran Ramai, Mak Cun Kembali Bikin 'Havoc' 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang