web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selamat Jalan Raymond Goh

Memiliki ‘suara emas’, personaliti ini sudah berkhidmat dalam dunia penyiaran selama lebih 30 tahun dan pemergiannya satu kehilangan besar kepada industri.

Selebriti Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2023 8:07PM

Pembaca berita Nightline TV3, Allahyarham Raymond Goh meninggal dunia pada 12 September lalu. gambar fail

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Berita pemergian pembaca berita Nightline di TV3, Raymond Goh atau Muhammad Zaman Goh Abdullah, 62, pada 12 September lalu sudah tentu mengejutkan ramai pihak. Lebih-lebih lagi dalam kalangan penyampai berita yang pernah bekerja dan mendapat tunjuk ajar daripadanya.

Bagi yang mengenali dan selalu menonton segmen berita yang disampaikan oleh beliau, pasti anda mengakui bahawa beliau tiada galang-gantinya. Memiliki ‘suara emas’, personaliti ini sudah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan pemergiannya sudah pasti satu kehilangan besar kepada industri.

Sepanjang kariernya, Raymond terkenal dengan penyampaian berita yang berwibawa dan menarik, menjadikan dirinya sebagai tokoh yang dihormati dalam komuniti kewartawanan. Jika merisik daripada mereka yang berada di bilik berita, ramai yang berpendapat lelaki ini mampu memudahkan perkara yang rumit dan berupaya memancing perhatian penonton daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Satu lagi kelebihan beliau adalah keupayaan beliau mengadaptasi diri kepada perubahan zaman. Usia bukanlah penghalang untuk Raymond terus kekal relevan dalam dunia penyiaran yang kini berada di era digital. Jika tidak, masakan beliau mampu memberi inspirasi kepada penyampai berita dan bakal wartawan sehingga kini. 

Sebaik berita pemergiannya diumumkan oleh ahli keluarganya, ramai rakan sekerja, peminat dan personaliti terkenal, termasuk Perdana Menteri Malaysia berkongsi mesej sokongan dan luahan rasa di platform media sosial. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dunia penyiaran akan merindui beliau.

“Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga penyampai berita Nightline TV3, Allahyarham Raymond Goh atau Mohd Zaman Goh yang meninggal dunia pagi tadi (12 September).

“Mendoakan semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Dunia penyiaran akan merindui Allahyarham dan sudah pastinya juga, jasa beliau akan terus dikenang buat selama-lamanya,” ujar beliau menerusi satu hantaran Facebook.

“Mengucapkan selamat pulang ke tanah abadi, buat sahabat yang kami kasihi. Akan kami simpan dalam-dalam, kenangan tika kita sama berjuang. Tidurlah sahabat,” luah bekas rakan sekerja di Media Prima Berhad, Datuk Dr Ras Adiba Radzi pula.

Seorang lagi bekas penyampai berita, Sheahnee Iman Lee turut berduka dengan kehilangan Raymond. 

“2023 adalah sukar dari segi emosi. Saya telah kehilangan ramai kawan dan hari ini, seorang lagi.

“Yang ini paling meninggalkan kesan. Kerana ia harapan menentang harapan, entah bagaimana saya  percaya dia mempunyai peluang untuk melaluinya. Agar kita akan dapat terus mendengar kelunakan suaranya sekali lagi dan lagi.

“Lihat bagaimana dia mengembirakan penonton ketika dia berada di atas pentas atau di belakang Tetapi takdirnya tidak begitu. Allah lebih menyayanginya. Saya harap kami mempunyai lebih banyak masa dengan awak, Raymond. Industri telah kehilangan satu lagi legenda. 

“Saya sangat bersyukur kerana mempunyai peluang untuk bekerja dengan anda selama ini. Masa yang kita kongsikan ketika bekerja dan di luar skrin adalah hadiah dan saya akan sentiasa berterima kasih untuknya. Semoga anda tenang dan diberi rahmat dan tempat di kalangan umat-Nya. Amin,” luah Sheahnee. 

Terdahulu, penyampai berita TV3 itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Selamat jalan Raymond! Moga rohnya dicucuri rahmat. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa