web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mantan Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Apr 2024 8:25AM

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meninggal dunia pada jam 2.15 pagi tadi.

Berita itu disahkan anaknya, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar Mohamed Hanif menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

“Saya, Abdul Rahmat Omar bin Mohamed Hanif, ingin memaklumkan pemergian pulang ke Rahmatullah Ayahanda kami yang dikasihi, Tun Haji Mohammed Hanif bin Omar sekitar jam 2.15 pagi tadi, Sabtu 20 April 2024.

"Innalillahi wa inna ilaihi roji'un

"Allahumaghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu," katanya.

Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai pengurusan jenazah akan dimaklumkan.

Difahamkan, jenazah Allahyarham Mohammed Hanif kini berada di kediaman di No 21, Jalan Memanah 13/55A, Laman Seri, Seksyen 13, Shah Alam sehingga jam 10.00 pagi untuk urusan ziarah sebelum dijangka dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Jalan Lompat Pagar 13/37, Seksyen 13, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Sementara itu, Mohammed Hanif yang lahir pada 16 Januari 1939 adalah KPN Malaysia yang keempat dan juga KPN paling lama berkhidmat iaitu selama 20 tahun.

Beliau dilantik sebagai KPN pada usia 35 tahun pada 8 Jun 1974 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahman Hashim yang maut akibat ditembak komunis.

Selepas bersara pada Januari 1994, beliau dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan operasi-operasi PDRM 2004-2005. - Getaran, 20 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

4

Semasa 1 tahun yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad