Nampaknya magis pengarah Mamat Khalid masih menyengat apabila filem terbaharunya iaitu 18 Puasa Di Kampong Pisang berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam masa tiga hari tayangan sahaja.
Ceritanya tentang sekumpulan penduduk Kampong Pisang yang masih melakukan perkara mungkar walaupun berada di bulan Ramadan.
Selepas itu, watak Barkoba lakonan Bell Ngasri yang sebelum ini pernah tular di laman sosial sebagai meme sebab dikaitkan dengan geng pastik hitam yang tak berpuasa menambah warna dalam filem ini. Mana tidaknya, siap ada adegan rasuk merasuk syaitan lagi.
Barkoba pula tiba-tiba pula berjumpa dengan syaitan yang ingin mengheretnya ke neraka. Selepas menafikan kesalahannya, Barkoba dibawa syaitan melihat sendiri perlakuan dosa yang pernah dilakukannya sewaktu hidup.
Antara pelakon lain yang turut menggamatkan lagi filem ini termasuklah Man Raja Lawak, Siti Elizad, Datuk Ustaz Kazim Elias, Namron, Jaafar Onn dan ramai lagi.
Filem 18 Puasa Di Kampong Pisang sudah ditayangkan di saluran Astro Shaw sejak 15 April lalu dan masih ditayangkan. Tahniah kami ucapkan kepada produksi filem ini. Syabas! - Getaran, 19 April 2021

Semua gambar: Astro First

