web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


The Sacred Riana Rindukan Patungnya Riani, Akui Perlu Jaga Stamina Jayakan Sekuel Bloody Mary 

Filem seram The Sacred Riana 2: Bloody Mary yang merupakan sambungan kepada The Sacred Riana: Beginning bakal ditayangkan di Malaysia pada 27 Oktober ini. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2022 9:00PM

The Sacred Riana 2: Bloody Mary. - Gambar Antenna Entertainments 

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Masih ingatkah anda dengan aksi seorang gadis berbaju merah, berselindung muka dengan rambut panjang, tidak bercakap dan membuat persembahan yang menyeramkan di atas pentas? 

Gadis tersebut dikenali sebagai The Sacred Riana merupakan seorang ahli silap mata dan pakar ilusi yang berjaya mencipta fenomena dalam sebuah program realiti pencarian bakat antarabangsa iaitu America’s Got Talent pada tahun 2017. 

Disebabkan populariti yang diraihnya, Riana atau nama sebenarnya Marie Antoinette Riana Graharani telah diberikan peranan untuk membawakan wataknya sendiri dalam filem seram, The Sacred Riana: Beginning pada tahun 2019.

Apa yang menarik setelah selepas kejayaan filem The Sacred Riana: Beginning pada tahun 2019, Riana telah muncul kembali dengan sekuel terbaharu berjudul The Sacred Riana 2: Bloody Mary

Diarahkan Billy Christian yang juga penulis skrip filem ini bersama Andy Oesman, sekuel filem ini pastinya ditunggu-tunggu ramai peminat The Sacred Riana termasuk penggemar filem seram.

Riana membawakan wataknya sendiri. - Gambar Antenna Entertainments 
Riana membawakan wataknya sendiri. - Gambar Antenna Entertainments 

Riana sewaktu diwawancara berkata, cabaran yang dihadapinya di dalam pembikinan filem kedua ini tidak jauh bezanya dengan filem yang terdahulu. 

“Cuma saya perlu jaga stamina kerana pada saat menjayakan penggambaran filem ini, saya juga juga harus persiapkan diri untuk live show America’s Got Talent Ketika itu.

“Di dalam filem kedua ini, saya ingin menunjukkan sisi lain dari seorang Riana. Bagaimana dia bersekolah dan berteman dan menjalani kegiatan sehariannya,” katanya kepada pihak media di Malaysia dalam satu sidang media secara virtual. 

Riana tampil di sidang media secara virtual dalam keadaan menyeramkan dengan rambut panjang mengurai yang menutupi sebahagian mata kirinya.

Gambar Antenna Entertainments 
Gambar Antenna Entertainments 

Filem The Sacred Rianna 2: Bloody Mary yang diterbitkan produser bersekutu, Eska Jabat Laksono dan Desy Cahyaningtyas menjalani penggambaran di kawasan Jawa Tengah. 

Salah satu lokasi yang digunakan adalah di benteng Van Der Wick iaitu sebuah bangunan lama zaman penjajahan Belanda yang sudah berusia beratus tahun. 

Mempunyai elemen mistik, bangunan penuh bersejarah ini telah dijadikan sebuah asrama pelajar di dalam filem ini. 

Menurut Eska Jabat Laksono, kelainan yang cuba ditampilkan dalam filem ini adalah menerusi aspek imej janaan komputer (CGI) serta penggunaan lebih banyak lokasi penggambaran dan elemen kisah persahabatan dan percintaan yang cuba disampaikan pengarahnya, Billy Christian.

“Riana tidak seram tapi lebih pada misteri. Hubungannya dengan Riani (patungnya) itu sendiri sudah misteri. Kita tidak pernah mengarahkan dia menjadi seram tetapi dia menjadi diri sendiri. Imej itu yang cuba ditonjolkan,” jelasnya.

Gambar Antenna Entertainments 
Gambar Antenna Entertainments 

Filem The Sacred Riana 2: Bloody Mary kali ini mengisahkan Riana yang merindui patung kesayangannya iaitu Riani.  

Dia kemudian mendapat tahu patungnya itu berada di Asrama Elodia. Riana berhasrat datang ke asrama Elodia untuk mencari patung tersebut. Lalu, Riana meminta ibu bapanya agar dia berpindah sekolah ke asrama tersebut. 

Asrama Elodia mempunyai peraturan dan disiplin yang ketat untuk mengawal tingkah laku pelajar-pelajarnya. 

Justeru, terdapat 100 cermin diletakkan di semua kawasan di asrama itu dengan tujuan pelajar di situ membatalkan niat melakukan sebarang perbuatan jahat akibat rasa malu melihat diri sendiri di dalam cermin berkenaan. 

Gambar Antenna Entertainments 
Gambar Antenna Entertainments 

Meskipun pihak sekolah melakukan peraturan sedemikian, ada sekumpulan pelajar pula berasa seronok melakukan sejenis permainan ritual yang menggunakan cermin. 

Permainan tersebut yang pada mulanya bertujuan menakutkan pelajar baru bertukar menjadi tragedi yang menghantui pelajar-pelajar berkenaan. Patung Riani dikatakan menjadi punca pada permainan ritual itu sehingga Riana berada dalam dilema sama ada membawa patung kesayangannya itu pulang atau mencari jawapan terhadap tuduhan yang dilemparkan pada patungnya itu. 

Gambar Antenna Entertainments 
Gambar Antenna Entertainments 

Terbitan Nant Entertainment, filem  ini turut dibintangi ramai pelakon lain termasuk Brooklyn Alif Rea, Aura Kasih, Frislly Herlinda Balqis, Prabu Revolusi, Anindhita Asmarani, Helena Kamga, Sharon Sahertian, Carolina Hattori, Armando Jordy, Shenina Cinnamon, Elina Joerg, Roweina Umboh, Aisyah Aqilah dan Ciara Nadine Brosnan.

Filem The Sacred Riana 2: Bloody Mary yang dibawakan Antenna Entertainments Sdn Bhd selaku pengedar filem ini di sini, akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 27 Oktober 2022. – Getaran, 20 Oktober 2022 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN