web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Farid Kamil Bawa Kembali ‘Remp-it’ Selepas 16 Tahun

Farid berasa bertuah diberi kebenaran membuat penggambaran di Terowong Karak yang sinonim dengan pengguna jalan raya dan penunggang motosikal.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 9:00PM

FKX Film tampil dengan filem sulungnya Remp-it 2.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Remp-it pernah mencetuskan fenomena tersendiri pada tahun 2006. Kini, setelah 16 tahun ia kembali dengan nafas dan aksi terbaru melalui Remp-it 2.

Dunia pemotoran sendiri telah melalui satu evolusi yang agak ketara sepanjang tempoh tersebut, seiring dengan perubahan dan perkembangan dalam dunia penerbitan filem dan selera penonton.

Menyedari perkara itu, FKX Film tampil dengan filem sulungnya yang mengetengahkan aksi dan jalan cerita yang lebih matang dalam Remp-it 2.

Filem yang menjalani penggambaran pada hujung 2019 ini terpaksa menunggu lebih lama untuk menemui penonton disebabkan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.

“Sejak dahulu lagi memang saya menanam cita-cita mahu menerbitkan filem Remp-it 2 di bawah syarikat saya sendiri iaitu FKX Film dan kini ia telah terlaksana. Saya rasa filem berkisar tentang pemotoran ini masih lagi relevan dan mempunyai penonton dan pengikut yang tersendiri.

“Mengenai masa yang diambil terlalu lama iaitu 16 tahun untuk sekuel ini, ia disebabkan saya mahu mengumpul modal terlebih dahulu sebelum menerbitkan Remp-it 2.

“Lagipun dalam filem ini, saya bukan sekadar bertindak sebagai pelakon, tetapi turut menjadi pengarah serta  penerbit di bawah syarikat saya sendiri,” kata Farid Kamil.

Remp-it 2 merupakan sambungan dari Remp-it (2006), namun, dengan kecanggihan teknologi penggambaran sekarang, penonton dapat menyaksikan aksi perlumbaan tersebut dengan lebih jelas.

“Apa yang menarik, kami bertuah sebab dapat kebenaran untuk menjalankan penggambaran di terowong Karak.

“Seperti sedia maklum, terowong, highway karak merupakan jalan yang sinonim dengan pengguna jalan raya dan penunggang motosikal. Kami pula mendapat peluang ‘berlumba’ di situ.

“Antara kelaina  Rempt-it 2 ini adalah, ia sebuah filem tempatan pertama yang memasukkan adegan-adegan seperti perlumbaan Asian Racing. Malah, penggambaran filem ini juga dapat dibuat semasa hari perlumbaan sebenar di Asian Racing (Litar Sepang) dan Cub Prix Malaysia (Terengganu) berlangsung.

“Selain itu, kami gunakan lebih 1,000 biji motor untuk penggambaran termasuk pelakon utama dan extra.

“Remp-it 2 juga mengetengahkan pelbagai jenis motosikal daripada pelbagai jenis kategori termasuk motosikal biasa seperti Y15, RS, RXZ, 12Z, motocross, cub prix sehinggalah ke superbike.

“Elemen motosikal digerakkan oleh elemen-elemen persahabatan dan kekeluargaan membuatkan Remp-it 2 sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat,” katanya.

Kata Farid lagi, FKX Film mendedikasikan filem ini kepada legenda-legenda sukan pemotoran Malaysia yang telah banyak mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

“Perjuangan mereka tidak mengenal erti jemu sehingga sanggup mempertaruhkan keselamatan dan nyawa mereka sendiri.”

Seperti pejuang tanah air yang lain, mereka juga perlu diraikan dan kisah hidup mereka juga perlu difilemkan.

“Remp-it 2 merupakan salah satu usaha dari kami dalam jangka masa panjang boleh melahirkan pelumba-pelumba yang mampu mengharumkan lagi nama negara di dalam arena pemotoran,” katanya.

Filem Remp-it 2 ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Cat Farish, Julia Hana, Izzue Islam, Niezam Zaidi, Farez Ridzwan, Shiha Zikir, Chiwan Chilok, Mamak Puteh, Rudy GTB, Gambit Saleh, Shahkimin serta penampilan sulung Muhammad Kamil a.k.a Che Mad yang telah memberi mutu lakonan meyakinkan pada usia 7 tahun.

Penggambaran Rempit-it 2 telah dilakukan selama 55 hari di lokasi-lokasi yang dipilih sesuai dengan jalan cerita iaitu di Ulu Choh Johor, Melaka, Gong Badak Terengganu, Sungai Lembing Pahang, sekitar Lembah Klang termasuk Litar Antarabangsa Sepang.

Filem Remp-it2  akan menjengah ke  pawagam seluruh negara bermula 24 November 2022. -  Getaran, 4 Oktober 2022

 
 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil Beri Bayangan Rujuk Semula Dengan Diana Danielle

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Farid Kamil, Diana Danielle Capai Kata Sepakat

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Farid Kamil Enggan Lafaz Cerai, Kes Diteruskan Untuk Proses Hakam

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Ulasan Filem 'Anwar: The Untold Story' - Berani, Kontroversi Dan Penuh Emosi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 9 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Aghniny yang membuat penampilan sulung dalam filem Malaysia menerusi watak Melor, berkata tema keibuan yang diangkat dalam filem itu mempunyai kaitan rapat deng...