web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Abang Long Fadil 3' Kutip RM18 Juta Dalam Tempoh 11 Hari, Mungkin Disambung Jika Kutipan Melebihi Sasaran 

Yusof juga turut membayangkan bahawa akan ada 'Abang Long Fadil' yang seterusnya jika kutipan filem ini  melebihi RM20 juta. 

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 8:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem komedi aksi, 'Abang Long Fadil 3' arahan Syafiq Yusof berjaya mengatasi filem terdahulunya dengan meraih kutipan sebanyak RM18 juta dalam tempoh 11 hari. 

Wakil Penerbit 'Abang Long Fadil 3' merangkap Pengerusi Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, dia sama sekali tidak menyangka bahawa 'Abang Long Fadil 3' mampu mengatasi filem 'Abang Long Fadil 2'. 

Yusof Haslam menganggap kejayaan Abang Long Fadil 3 sebagai rezeki. - Gambar dari Wikipedia
Yusof Haslam menganggap kejayaan Abang Long Fadil 3 sebagai rezeki. - Gambar dari Wikipedia

“Masa 'Abang Long Fadil 2' ditayangkan di panggung dulu, kita berjaya kutip lebih RM18 juta dalam tempoh 45 hari dan 'Abang Long Fadil' pula tidak melebih RM5 juta. 

“Tapi, untuk 'Abang Long Fadil 3', dalam tempoh sehari sahaja, kita berjaya kutip RM18 juga. Saya anggap ini adalah suatu rezeki,” katanya. 

Yusof juga turut meletakkan sasaran RM20 juta untuk kutipan 'Abang Long Fadil 3'. 

“Saya rasa filem 'Abang Long Fadil 3' ini boleh capai sasaran itu. Sebabnya, rata-rata yang menonton filem ini memberitahu mereka paling suka 'Abang Long Fadil 3' berbanding dua filem terdahulu. 

“Kata mereka filem ini paling banyak lawak dan mereka sangat enjoy menonton filem ini,” katanya. 

Filem ini dibarisi pelakon ternama seperti Zizan Razak dan Johan. - Gambar ihsan Astro
Filem ini dibarisi pelakon ternama seperti Zizan Razak dan Johan. - Gambar ihsan Astro

Namun, bagi Yusof, kejayaan filem ini juga sebenarnya bergantung kepada beberapa faktor termasuk kos pembikinannya yang tinggi, set lokasi yang mahal dan barisan pelakon yang hebat. 

“Memang kos pembikinan filem ini tinggi. Penggambarannya sahaja mengambil masa 77 hari. Paling lama dalam sejarah pembikinan filem Skop. Kos untuk membina set lokasi ini sahaja mencecah RM100,000 ribu,” katanya. 

Ditanya adakah pada awalnya, dia gusar fenomena 'Mat Kilau' akan menenggelamkan 'Abang Long Fadil 3', Yusof berkata, semua orang mempunyai fikiran yang sama tentang perkara tersebut. 

“Tapi perkara ini pernah berlaku di Hollywood juga dan beberapa filem meraih kutipan pecah panggung secara berderet. 

“Dalam sinema tempatan kita dahulu, waktu 'Hantu Kak Limah' muncul di pawagam dan meraih kutipan RM30 juta, Syamsul cukup risau dan tertanya-tanya mampukan 'Munafik' membuat kutipan yang tinggi. 

“Tapi, selepas ia ditayangkan, 'Munafik' bukan sahaj berjaya membuat kutipan pecah panggung, bahkan kutipannya mengatasi 'Hantu Kak Limah',” katanya. 

Antara babak lucu dalam Abang Long Fadil 3. - Gambar ihsan Astro
Antara babak lucu dalam Abang Long Fadil 3. - Gambar ihsan Astro

Yusof juga turut membayangkan bahawa akan ada filem Abang Long Fadil yang seterusnya. 

“Saya sendiri ada bertanya hal ini kepada Syafiq. Mengikut kata Shafiq, kalau kutipan filem mampu atasi 'Abang Long Fadil 2' serta meraih kutipan melebihi RM20 juta, dia akan buat Abang Long Fadil yang seterusnya. Kiranya dia ada semangat nak buat,” katanya. 

Filem 'Abang Long Fadil 3' menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada masa yang sama Fadil diburu oleh King Cobra yang masih berdendam dengannya. 

Abang Long Fadil 3 masih lagi diterajui Zizan sebagai watak utama. Turut membintangi filem ini adalah Johan, Maya Karin, Elizabeth Tan, Kazar dan Ozlyn. – Getaran, 19 September 2022 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Selepas Papar Sisi Gelap PDRM, Netizen Mahu Syafiq Buat Filem SPRM, JPJ 

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

4

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 7 jam yang lalu

RM12 Juta Dalam 11 Hari! ‘Polong’ Terus Hantui Pawagam Seluruh Negara

oleh Rahayu MN