web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gadis Jolobu The Movie - Filem Komedi Ringan Yang Terlalu Ringan

Filem yang dibintangi tiga nama besar dalam industri hiburan seperti Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud ini bagaimanapun gagal untuk membuatkan penonton ketawa besar.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2022 8:00PM

Poster ihsan Zebra Studios

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Gadis Jolobu The Movie mula menjengah pawagam seluruh negara hari ini dengan menampilkan tiga bintang iaitu Datuk Hattan, Khir Rahman dan Joey Daud.

Diarahkan CL Hor, filem terbitan Tremendous Entertainment dan Zebra Studios Sdn Bhd ini turut dibintangi pendatang baru iaitu Ahirine Ahirudin.

Diinsipirasikan daripada lagu popular 'Gadis Jolobu' dendangan Datuk Hattan dan Waris, filem ini menceritakan tentang tiga orang bujang terlajak yang tinggal di Negeri Sembilan yang masih menanti jodoh mereka. 

Sumpahan lambat sunat, lambatlah kahwin bermain dalam fikiran menyebabkan mereka berusaha mencari jodoh walaupun menghadapi pelbagai dugaan.

Ajoi lakonan Joey Daud serta Acong lakonan Khir Rahman masih tinggal di kampung, manakala rakan mereka Attan lakonan Datuk Hattan tinggal di bandar.

Pada satu hari, Jijah lakonan Ahirine Ahirudin pulang ke kampung setelah sekian lama untuk menjaga neneknya. 

Attan yang memendam perasaan pada Jijah pulang ke kampung untuk menawan hati Jijah untuk dijadikan isteri.

Sementara itu Acong yang merupakan seorang yang kedekut, menaruh hati pada adik Ajoi, manakala Ajoi yang mempunyai lidah pendek pula mencintai anak Pak Mansur yang bekerja di warung. 

Sejujurnya, plot untuk filem ini agak bercelaru dan tidak kemas. Peralihan babak ke babak seperti tiada kena mengena dan sering membuatkan penonton terasa canggung.

Unsur komedi yang diselitkan dalam filem ini sangat tidak kena dan membuatkan penonton berasa sedikit jelik. 

Keserasian di antara Datuk Hattan dan Ahirine juga kelihatan agak  janggal. Mungkin kerana faktor jurang usia mereka yang jauh iaitu 30 tahun membuatkan mereka kelihatan seperti anak dan bapa. 

Ahirine bagaimanapun tampak hebat sewaktu menjayakan babak aksi berlawan dengan samseng kampung. Mungkin, dia sebenarnya lebih serasi dengan filem bergenre aksi memandangkan dia seorang yang gemarkan aktiviti lasak. 

Penggunaan dialek Negeri Sembilan barangkali lebih mudah dikuasai pelakon yang sememangnya berasal dari Negeri Sembilan. Namun, ia kelihatan canggung pada sesetengah pelakon  apabila tersalah sebut beberapa perkataan. 

Begitupun, sinematografi filem ini wajar diberikan pujian. Namun, ia  tidak cukup untuk menutup cela filem ini yang penulis rasakan lebih relevan andai ditayangkan di kaca televisyen sahaja dan bukannya di layar lebar.

Difahamkan filem ini menjalani penggambaran dalam masa 14 hari sahaja pada bulan Mac lalu. Mungkin jika tempoh pembikinan lebih panjang, kualiti filem ini akan lebih terjaga. – Getaran, 4 Ogos 2022

Rating: 2 Getar

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Hattan Didakwa Malukan Wartawan: ‘Biar Betul Datuk Tak Tahu Temu Bual Live?’

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Giliran Hattan Pula Disekolahkan Netizen, ‘Makin Tua Patutnya Makin Matang…’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Hattan Digesa Mohon Maaf, Beliau Tidak Profesional, Hina Tugas Kewartawanan’ - GKMM

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN