Berita Terkini

2 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 2 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 2 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 2 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 2 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Hattan Didakwa Malukan Wartawan: ‘Biar Betul Datuk Tak Tahu Temu Bual Live?’

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 10:14PM

Nursyazwani Saiful Sham dan Hattan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang rakan Datuk Hattan menyatakan bahawa penyanyi senior itu memaklumkan kepadanya bahawa beliau tidak mengetahui temu bual bersama sebuah stesen televisyen swasta diadakan secara langsung.

Menerusi perkongsiannya di TikTok dan Facebook, Salimey Abu Bakar berkata, Hattan menjawab demikian ketika ditanya mengenai insiden temu bual antara beliau dan penyampai berita stesen televisyen terbabit, Nursyazwani Saiful Sham sehingga ia tular, selepas penyanyi lagu 'Memburu Rindu' itu didakwa bersikap tidak profesional dan memalukan wartawan berkenaan.

Susulan tindakan itu, Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin dikecam hebat warga maya dengan rata-rata menyifatkan beliau bersikap melampau dan ‘tidak beradab’.

“Sejurus selepas saya menonton siaran langsung pada 28 April 2023 jam 10.40 pagi, saya terus hubungi Dato Hattan dan bertanyakan situasi sebenar.

“Soalan pertama saya ajukan, Dato tahu ke yang panggilan tadi live (secara langsung)…jawapan Dato Hattan (apaa live…tak tahu…). Biar betul Dato tak tahu (tak tahu, aku tengah baring diaorang (mereka) kol (hubungi) tanya soalan, aku jawab la macam biaso (biasa).

“Kalau kita pun dalam situasi begini mungkin kita pun jawab macam sembang biasa kawan-kawan. Saya pun jawab dengan Dato Hattan...ohh ya ke…?” kata Salimey.

Salimey berkata, dalam pemikirannya, tidak mungkin Hattan tidak mengetahui protokol apabila memberikan ucapan atau menjawab persoalan ketika siaran langsung di televisyen atau radio.

Malah, beliau menganggap, tidak adil kesalahan itu terus dilemparkan hanya kepada artis seperti Hattan, memandangkan beliau tidak minta ditemu bual dalam siaran langsung berita terbabit.

Sebaliknya, Salimey berkata, penerbit siaran berita stesen televisyen itu harus bersedia dengan soalan dan jawapan untuk diberikan kepada panel serta penyampai berita berkenaan.

“Yang sepatutnya mohon maaf adalah penerbit berita pada hari tersebut kerana beliau bertanggungjawab penuh atas program di bawah beliau, seperti menyediakan skrip soalan dan juga memilih panel jemputan sesuai serta ada kena mengena dengan Kumpulan XPDC atau arwah Mael (vokalis XPDC).

“Di mana penerbit tersebut, sila tampil buat penjelasan. Saya mewakili Persatuan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia mohon penerbit tersebut tampil menjelaskan pada masyarakat apa yang berlaku pada hari tersebut,” katanya.

Terdahulu, penularan video temu bual di antara Hattan dan penyampai berita itu, mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Menerusi temu bual secara langsung itu yang diadakan beberapa hari lalu, Hattan secara tiba-tiba mempertikaikan soalan diutarakan penyampai berita terbabit yang bertanyakan mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC yang meninggalkan kesan besar kepada hati pendengar.

Temu bual itu diadakan susulan kematian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor kira-kira jam 9.30 malam, Khamis lalu.

Hattan kemudian bertanya sama ada penyampai berita itu mengetahui sejarah mengenai individu yang menghasilkan lagu kumpulan rock terkenal terbabit.

Malah, penyanyi lagu 'Mahligai Syahdu' itu dengan nada sinis turut menganggap penyampai berita berkenaan tidak melakukan persediaan dan kajian sebelum menemubualnya.

Lebih dianggap melampau, Hattan terus mematikan talian telefon selepas menjelaskan serba sedikit mengenai perkara itu.

Temu bual itu diadakan susulan kematian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor, Khamis lalu - Gambar Fail
Temu bual itu diadakan susulan kematian Mael atau nama sebenarnya, Syed Ismail Syed Ibrahim yang menghembuskan nafas terakhir di Hospital Muar, Johor, Khamis lalu - Gambar Fail

Isu terbabit mendapat perhatian beberapa badan pejuang kewartawanan, termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Gerakan Media Merdeka (GERAMM) dan Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM) yang melahirkan ketidakpuasan hati serta kecewa dengan sikap ditunjukkan Hattan.

Menurut Presiden NUJ, Farah Marshita Abdul Patah, sikap ditunjukkan penghibur itu sangat tidak wajar kerana petugas media bukanlah peserta pertandingan realiti yang boleh dimalukan atau ‘disekolahkan’ di khalayak ramai.

Ujarnya, tindakan memalukan pengamal media oleh mana-mana pihak, termasuk artis, ahli politik atau menteri harus dihentikan segera.

GERAMM menerusi kenyataan kepada Getaran memaklumkan, tindakan Hattan memutuskan talian telefon sebelum selesai sesi wawancara, jelas mencerminkan sikap tidak profesionalnya sebagai artis senior.

Apatah, katanya, bahasa digunakan Hattan boleh dianggap seolah-olah memperlekeh atau merendahkan wartawan berkenaan, malah GERAMM berpandangan individu ditemu bual boleh lebih menjaga adab sesama manusia, kecuali jika sememangnya lebih selesa dianggap ‘agak biadab’.

GKMM pula menggesa Hattan membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap sikap tidak profesional dan respon balas berbaur hinaan beliau ketika ditemu bual itu.

Presiden GKMM, Mohamad Fauzi Ishak berkata, pihaknya kesal terhadap respon balas dikeluarkan Hattan ke atas pertanyaan penyampai berita itu dan beliau dilihat menghina profesion kewartawanan serta stesen media arus perdana negara.

Sementara itu, menerusi ruang komen media sosial, segelintir netizen seolah-olah tidak berpuas hati dengan penerangan diberikan, terutama dakwaan bahasa Hattan tidak mengetahui temu bual itu disiarkan secara langsung.

“Saya dah biasa dihubungi untuk live atau recorded (direkod) oleh media. Penerbit atau reporter akan call (hubungi) atau mesej lebih awal maklumkan akan call. Jika setuju penerbit call. Jika sibuk, bagi time (masa) yang sesuai. Tambah pula kalau live, penerbit kena pastikan guest (tetamu) betul ‘free’ dan jawab pada masa…,” kata seorang pengguna.

Ada pula netizen mempersoalkan mengapa Hattan perlu mengatakan beliau tidak mengetahui temu bual itu untuk siaran langsung kerana sepatutnya, beliau menjaga adab tutur kata ketika berkomunikasi dengan sesiapa atau pada bila-bila masa.

“Tak kiralah bagitahu awal atau tidak, ini berkenaan adab apabila bercakap dengan orang,” ujar seorang netizen.

“Kalau adab dan akhlak tak akan pilih waktu dan tempat, ia adalah secara semula jadi,” komen seorang pengguna lain.

“Tak, masalahnya memang macam itu ke cara dia menjawab? Kalau tahu akan direkod baru keluar yang manis-manis, baik-baik je,” ulas seorang individu.

Manakala, ada warga maya yang menyatakan perkara itu tidak wajar terus mencetuskan pergaduhan dan seharusnya masing-masing memperbaiki kesilapan.

“Tak perlu gaduh-gaduh, cuma perbaiki kesilapan sendiri sahaja,” kata seorang netizen. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

HAWANA 2023 Himpun Lebih 1,000 Pengamal Media Di Perak

2

Semasa 6 hari yang lalu

Sejarah Tercipta, Wartawan Baca Khutbah Jumaat Sempena HAWANA 2023

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Giliran Hattan Pula Disekolahkan Netizen, ‘Makin Tua Patutnya Makin Matang…’

4

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Hattan Digesa Mohon Maaf, Beliau Tidak Profesional, Hina Tugas Kewartawanan’ - GKMM

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Sukan 22 jam yang lalu

Zii Jia Harap Isu Antara Peminat Dan Media Selesai Secara Baik

Semasa 1 hari yang lalu

Kenyataan MB Kedah, P. Pinang Milik Kedah Satu Hasutan - Ahmad Zahid

Semasa 1 hari yang lalu

KKM Perhalusi Keperluan, Bukan Timbang Ambil Jururawat Luar - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Warga Emas Maut Disyaki Didera Anak, Menantu

oleh Wartawan Getaran