web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KPT Salur Bantuan Pendidikan, Pengecualian Yuran IPT Anak Mangsa Nahas Helikopter

Pendidikan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Apr 2024 8:26AM

Jenazah Allahyarham Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga serta sanak saudara dalam suasana pilu di kediaman bapanya Mohd Termizi Abdul Ghani, 68, di Taman Bunga Tanjung Lekir, semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUMUT - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, anak mangsa yang belajar di universiti pula akan dikecualikan yuran pengajian.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha mengurangkan beban keluarga mangsa dalam bidang pendidikan dan ia mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Setakat ini, data yang kita kumpul menunjukkan ada 21 anak mangsa yang masih bersekolah dan telah dikenal pasti serta akan diberi akaun SSPN (Skim Simpanan Pendidikan Nasional) secara percuma.

"Kita akan kemas kini bilangan sebenar anak mangsa yang terlibat," katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Pegawai Waran II, Allahyarham Mohd Shahrizan Mohd Termizi di Taman Bunga Tanjung, Batu 10 Lekir malam tadi.

Beliau berkata, tabungan PTPTN itu akan memudahkan mereka menerima bantuan lain pada masa depan.

"Saya percaya di peringkat Kementerian Pertahanan mungkin ada perancangan untuk anak mangsa, jadi dengan adanya simpanan SSPN akan memudahkan bantuan disumbangkan termasuk oleh agensi lain.

"Bagi pengecualian yuran pendidikan di universiti pula, setakat ini hanya seorang sahaja anak mangsa iaitu Nurul Shahfiqah Mohd Shahrizan, 21, yang belajar di Universiti Malaysia Kelantan," katanya.

Zambry juga berkata, pihaknya mengambil maklum dan memandang serius isu seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi, selain tidak menghormati sentimen masyarakat seperti yang tular di media sosial.

"Susulan itu, saya telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera. Saya turut meminta Universiti Malaya menyiasat perkara ini dan melaporkan segera butiran lanjut," katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan setiap agensi dan institusi di bawah KPT agar peka, berhati-hati dan menyemak latar belakang mana-mana individu dengan teliti sebelum menjemput mereka ke majlis serta program yang dianjurkan.

Zambry berkata, setiap keputusan perlu mengambil kira sensitiviti dan selari dengan polisi serta pendirian kerajaan.

"Walaupun institusi pendidikan tinggi diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna ia bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat Malaysia," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Keputusan Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Minggu Depan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Singapura 10 jam yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jadi Tonto Ah Long, 2 Lelaki Dipenjara 18 Bulan, Denda RM20,000

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Najib Jalani Prosedur Jantung Minggu Depan 

oleh Wartawan Getaran