Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Luar Negara Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 24 Apr 2024 4:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BOGOTA - Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya, lapor Agensi Anadolu (AA).

"Jamaica terus menyokong penyelesaian dua negara sebagai satu-satunya pilihan yang berdaya maju untuk menyelesaikan konflik (Israel-Palestin) yang telah lama berlarutan, menjamin keselamatan Israel dan menegakkan maruah dan hak rakyat Palestin.

"Dengan mengiktiraf Negara Palestin, Jamaica mengukuhkan sokongannya ke arah penyelesaian damai," kata Menteri Luar dan Perdagangan Luar Kamina Johnson Smith dalam satu kenyataan akhbar.

"Keputusan itu selaras dengan komitmen kukuh Jamaica terhadap prinsip-prinsip Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, yang bertujuan mewujudkan saling menghormati dan hidup berdampingan secara aman dalam kalangan negara-negara serta pengiktirafan hak rakyat untuk penentuan nasib sendiri," katanya.

Johnson Smith mengesahkan sokongan Jamaica untuk gencatan senjata, pembebasan tebusan dan akses kepada bantuan kemanusiaan untuk penduduk Gaza. 

"Jamaica terus menyokong semua usaha untuk meredakan konflik dan mewujudkan keamanan yang berkekalan di rantau ini, mendorong semua pihak untuk mempertimbangkan akibat buruk konflik selanjutnya dan komited kepada penyelesaian diplomatik memastikan keselamatan dan kedaulatan semua," katanya.

Jamaica kini menyertai kira-kira 140 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan 11 negara Komuniti Caribbean (CARICOM) yang telah mengiktiraf Negara Palestin, termasuk Ecuador, Mesir, India, Iceland, Romania, Poland, Burundi, Thailand, Tanzania, Iraq, Sweden, Rusia, Guyana, Haiti, Suriname, Cuba dan Republik Dominican.

CARICOM berkata, pada 9 Oktober tahun lepas bahawa ia "membenci serangan di Israel dan serangan balas di wilayah Palestin di Gaza" dan 12 negaranya mengundi resolusi Perhimpunan Agung PBB yang menyokong "usaha berterusan PBB ke arah penyelesaian dua negara sebagai cara terbaik untuk mencapai keamanan, keselamatan dan ketenangan yang menyeluruh antara Israel dan Palestin."

"Keadaan yang teruk iaitu rakyat Palestin hidup dalam penjajahan yang sebenar dan rasa tidak selamat di pihak Israel akan menyumbang kepada kitaran keganasan sehingga realiti itu ditangani secara muktamad,"menurut kenyataan CARICOM. 

Perdana Menteri Jamaica Andrew Holness telah menunjukkan solidariti dengan Israel dan menggesa permusuhan dihentikan dan kembali kepada keamanan dalam garis panduan yang dipersetujui di peringkat antarabangsa, tetapi beliau enggan mengulas serangan Israel ke atas Gaza. - BERNAMA-ANADOLU

Sorotan

1

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

2

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

3

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

4

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

5

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

6

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

7

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan

Politik 20 jam yang lalu

Tidak Turun Bantu Kempen, Ke Mana June Leow Menghilang?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Anak Dakwa Dirogol Sejak Usia 12 Tahun, Ibu Bapa Ditahan Bantu Siasatan

Semasa 1 jam yang lalu

MCMC Bakal Tingkatkan Capaian Internet Di Pulau Kapas, Pulau Gemia

oleh Fida Ruzki