web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Giliran Hattan Pula Disekolahkan Netizen, ‘Makin Tua Patutnya Makin Matang…’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2023 10:31AM

Hattan yang menempelak pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta menjadi bahan perdebatan netizen. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan penyanyi tersohor tanah air, Datuk Hattan yang menempelak pembaca berita sebuah stesen televisyen swasta menjadi bahan perdebatan netizen.

Menerusi rakaman video yang tular, Hattan atau nama sebenar, Mohd Shukri Shahabudin, 59, dihubungi oleh pembaca berita wanita menerusi siaran secara langsung untuk mendapatkan pandangan mengenai lirik lagu kumpulan XPDC yang dikatakan 'makan dalam'.

Bagaimanapun, Hattan menegur pembaca berita terbabit yang didakwanya tidak membuat kajian sebelum bertanya soalan.

Lebih memburukkan keadaan apabila pembaca berita itu menyebut nama komposer lain sebagai penulis lagu kumpulan XPDC.

Kecewa dengan situasi itu, Hattan sempat 'sekolahkan' penyampai berita itu sebelum bertindak mematikan talian.

Susulan kejadian itu, majoriti netizen menyifatkan Hattan kurang beradab kerana didakwa sengaja memalukan petugas media berkenaan.

“Pada saya kurang beradab dia jawab begitu. Bongkak bunyinya. Lebih teruk, memalukan orang lain. Makin tua patutnya makin matang,” kata Raudzah Arippin.

“Kita tak boleh samakan hidup kita dengan orang lain. ‘Status’ kita mungkin berbeza tapi maruah setiap orang adalah sama. Hormatilah sesiapa sahaja yang kita jumpa walaupun dia hanya pembaca berita sahaja,” kata Mohd Ezairol.

Sementara itu, terdapat netizen yang mendesak Hattan untuk memohon maaf kepada pembaca berita tersebut.

“Hattan perlu memohon maaf kepada pembaca berita dan Astro setelah memalukannya. Pembaca berita bukan wartawan dan temuramah itu dibuat melalui panggilan telefon. Tak perlu keluarkan perkataan sebegitu walau sehebat manapun,” kata Zack Rahim.

Seorang lagi netizen meluahkan simpati terhadap pembaca berita terbabit yang tidak sepatutnya diperlakukan sedemikian.

“Kasihan budak tu, terpinga-pinga kena sekolah dengan Hattan masa live. Pertama sekali, benda ini tak sepatutnya berlaku. Sangat-sangat tak patut terjadi,” kata Rafie.

Pada masa sama, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Farah Marshita Abdul Patah berkata, tindakan memalukan petugas media sama ada oleh orang luar, artis, ahli politik mahupun menteri harus dihentikan dengan segera.

Menurutnya, dalam hal membabitkan Astro Awani, NUJ menggesa supaya penyanyi otai itu bertindak lebih profesional, sekiranya enggan menjawab soalan yang diajukan, beliau boleh menolak pertanyaan itu dengan sopan.

“Tindakan seperti itu akan memulakan rantaian ‘chain of events’, di mana selepas ini orang lain juga boleh bertindak kurang ajar dengan petugas media.

“Belajarlah saling menghormati dan tunjukkan teladan yang baik terutamanya kepada generasi muda pendirian NUJ adalah untuk saling menghormati,” katanya. – Getaran, 30 April 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 2 tahun yang lalu

Dulu Kecam Coldplay, Sekarang Sokong Taylor Swift; Apa Sebenarnya PN Mahu?

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 0 - 4, Malaysia Jadi 'Mangsa' Netizen India

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Rupa Paras Dikutuk, Liza Hanim Tampil Pertahankan Diri

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Bil Elektrik Tak Masuk Akal, TNB, Apa Sudah Jadi? — Netizen

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

2 Remaja Perempuan Maut: Mayat Ditemui Selepas Dicari Keluarga

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

oleh Sophia Ahmad