Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Vincenzo, Mafia Berhati Emas?

Adakah 2021 tahun Song Joong Ki? Selepas filem 'Space Sweepers', beliau tampil dalam siri ‘Vincenzo’. Apa kisah sebenar siri yang menjadi sebutan ramai ini?

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Mar 2021 8:45AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak kali pertama previu drama Korea Selatan sensasi terkini ‘Vincenzo’ ditayangkan sekitar awal Februari 2021, ia telah menjadi buah mulut hangat dalam kalangan peminat-peminat K-drama. 

Nama-nama besar yang membarisi drama tersebut sebagai pelakon utama seperti Song Joong Ki dan Ok Taec-yeon sudah cukup untuk memberi gambaran betapa gahnya drama 20 episod terbaharu yang disiarkan di Netflix ini. 

Berlatarbelakangkan kisah Vincenzo Cassano, seorang lelaki kelahiran Korea Selatan di Itali dan menjadi orang kepercayaan dan penasihat kepada sebuah keluarga mafia atau dikenali sebagai ‘Consigliere’. 

Takdir menentukannya untuk kembali ke tanah kelahiran dan di sinilah bermulanya episod baru kehidupan seorang Vincenzo Cassano.

Dengan orang kepercayaannya bernama Mr Cho lakonan Choi Young-joon yang juga merupakan pemilik sebuah bangunan usang bernama Geumga Plaza, Vincenzo mempunyai misi tersendiri sekembalinya beliau ke Korea Selatan. 

Berbekalkan cuma suit terbaik dari tukang jahit terkenal dari Itali dan kisah silam tersembunyi, Vincenzo tinggal di Geumga Plaza yang menjadi sasaran utama Babel Group, sebuah syarikat pelbagai perusahaan yang ingin membangunkan semula tempat tersebut namun tidak dipersetujui oleh para penyewa bangunan tersebut. 

Di sini, para penonton dapat menyaksikan kisah-kisah lucu yang terjadi di kalangan penghuni bangunan, di mana masing-masing mempunyai kisah yang tersendiri dan diceritakan seiring dengan perjalanan drama ini.

Song Joong Ki, nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat K-drama diberi kepercayaan untuk mendukung watak Vincenzo dan ia adalah satu keputusan yang tepat. 

Dengan ekspresi wajah yang mendatar namun ada ketegasan di sebaliknya dan skil lakonan yang tidak dapat disangkal lagi, beliau boleh dikatakan berjaya ‘memiliki’ watak Vincenzo Cassano.

Digandingkan bersama Jeon Yeo-bin yang membawa watak sebagai Hong Cha-young, seorang peguam muda yang berwatak gila-gila meneruskan perjuangan mendiang bapanya yang merupakan pemilik firma guaman kecil, Jipuragi Law Firm. 

Watak fiksyen Vincenzo dan Hong Cha-young merupakan gandingan yang amat serasi di mana mereka bekerjasama untuk mencari jalan penyelesaian dalam setiap masalah yang mereka hadapi untuk mempertahankan Geumga Plaza dan memerangi Babel Group.

Kemunculan Ok Taecyeon, idola terkenal dari kumpulan 2PM yang terkemuka di Korea Selatan dengan membawa watak sebagai Jang Joon-woo, seorang peguam muda di firma Wusang dan merupakan anak buah kepada Hong Cha Young semestinya amat dinanti-nantikan oleh para peminat. 

Taecyeon yang baru sahaja menamatkan latihan wajib ketenteraan pada May 2019 berjaya membuktikan bakat lakonannya masih utuh dengan membawa watak Jang Joon-woo yang polos dan keanak-anakan namun mempunyai sisi sangat gelap yang bakal mengejutkan para penonton. 

Satu pujian harus diberikan kepada pendukung watak Choi Myung-hee yang dilakonkan oleh seorang pelakon veteran, Kim Yeo Jin. Wataknya kali ini jelas berbeza jika dibandingkan dengan hasil karyanya yang lain.

Dengan membawa watak antagonis iaitu seorang bekas pendakwa raya yang menerima tawaran sebagai peguam utama di firma Wusang, sekaligus dipertanggungjawabkan untuk membela Babel Group. 

Sifat agresif seorang Choi Myung-hee tidak dapat disangkal lagi di mana dia sanggup berbuat apa saja termasuklah membunuh sekiranya perlu untuk mencapai matlamatnya. 

Drama Vincenzo semestinya menjanjikan satu kelainan kepada para penggemar K-drama di mana dunia mafia yang kejam disatukan dengan sisi gelap perusahaan Korea Selatan dalam satu drama. 

Pelbagai aksi dan juga kejadian-kejadian lucu sepanjang drama ini berlangsung mampu memikat para penonton untuk terus berdebar menanti episod seterusnya. 

Adakah Vincenzo dapat melengkapkan misinya dan kembali ke Itali seperti yang dirancang? Dan apakah nasib para penyewa Geumga Plaza setelah pelbagai kejadian yang berlaku? 

Kini di Netflix Malaysia sudah ada 12 episod pertama. Episod terakhir drama Vincenzo yang dijangka akan ditayangkan pada 26 April 2021 semestinya akan merungkai semua persoalan tersebut. Nantikan! - Getaran, 30 Mac 2021

Semua gambar: Netflix Malaysia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 7 bulan yang lalu

Anwar: The Untold Story Mengungguli Carta Top 10 Netflix Malaysia

Sorotan

1

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

2

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

3

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

4

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

5

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

6

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

7

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 17 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran

Filem & TV 1 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

‘Sheriff’ dianggap melawan arus apabila Syafiq berani menghasilkan filem yang membuka pekung dan mendedahkan sisi gelap pegawai polis 

oleh Helmi Anuar

Filem & TV 21 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN