web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Liar’ Versi Malaysia Angkat Stigma Masyarakat Tentang Mangsa Rogol

Biarpun diadaptasi dari siri BBC, namun ‘Liar’ telah diberikan sedikit pengubahsuaian untuk mengikut acuan adat dan budaya Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 8:10PM

Dua pengarah 'Liar' versi Malaysia, Jason Cheong dan Imri Nasution - Gambar ihsan MCAG dan Instagram @imrinasution

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri crime psycho thriller, ‘Liar’ yang mengangkat kisah mangsa rogol, penipuan dan manipulasi pernah mencetuskan fenomenanya sendiri sewaktu ia ditayangkan selama dua musim di platform ITV, BBC, bahkan turut tercalon dalam BAFTA Awards dan British Screenwriters' Awards.

Beberapa negara seperti New Zealand dan Australia telah menayangkan siri ini melalui stesen televisyen masing-masing setelah mendapatkan hak tayangan, manakala ia diadaptasi dalam versi Sepanyol menggunakan tajuk ‘Mentiras’. 

Kini, siri yang sarat dengan plot twist ini juga turut diadaptasi ke dalam format Malaysia dan ia telah diarahkan Jason Chong dan Imri Nasution yang sebelum ini pernah bertindak sebagai pengarah bersama ‘The Bridge’ versi Malaysia dengan Kabir Bhatia. 

Diterbitkan Astro Shaw Sdn Bhd untuk drama premium Astro Original, ‘Liar’ membariskan pelakon yang hebat iaitu Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Nadiya Nisaa, Wan Raja, Nas-T, Nazrief Nazri dan Datuk Jalaluddin Hassan. 

‘Liar’ mengisahkan tentang perjuangan wanita bernama Lara yang cuba membuktikan dia tidak bersalah, telah dianiaya dan diperkosa seorang pakar bedah terkenal dan disegani serta mempunyai imej baik. Siapakah di pihak yang benar dan siapakah yang menipu?

Jason berkata, biarpun drama premium Astro Originals, ‘Liar’ ini diadaptasi daripada siri BBC dengan menggunakan tajuk yang sama, namun ia telah diberikan sedikit pengubahsuaian untuk mengikut acuan adat dan budaya Malaysia. 

“Cara untuk membezakan versi kita dengan mereka adalah dengan menyuntik adat dan budaya kita di dalam penghasilan siri ini.

“Misalnya, kita banyak terapkan unsur kekeluargaan di dalam siri ini dan mewujudkan watak tambahan iaitu bapa. 

“Kalau ikut versi asal, pergaulan mereka terbuka dan lebih bebas serta lebih tertumpu kepada hubungan pasangan kekasih,” kata Jason kepada Getaran. 

Namun, secara keseluruhan, kata Jason, ‘Liar’ versi Malaysia ini cuba mengangkat persoalan tentang bagaimana masyarakat kita menilai atau memandang seorang mangsa rogol. 

“Kita cuba dekati stigma masyarakat terhadap mangsa rogol. Selalunya, mereka akan menuding jari kepada wanita dan mempersoalkan kenapa wanita mengenakan pakaian seperti itu, kenapa keluar malam dan sebagainya. 

“Pada bahagian awal cerita ini, kita mahu penonton nilai sendiri siapa yang bercakap benar dan siapa yang berbohong apabila timbulnya situasi di mana seorang wanita bernama Lara telah dirogol. 

Menurut Jason lagi, siri ini juga turut memberatkan bagaimana sesuatu watak yang kisahnya terjadi masa sekarang ini sebenarnya berkait dengan masa lampau mereka menerusi kisah-kisah latar belakang yang turut dipaparkan bersama. 

“Setiap manusia, baik yang jahat atau baik, alim atau biasa, pasti punya sebab tertentu apabila sesuatu perkara terjadi di dalam hidup mereka. 

“Sebab itu, di pertengahan cerita ini, kita cuba kekalkan apa yang terdapat di dalam versi asal siri ‘Liar’ ini tentang persoalan kenapa Lara jadi begitu dan sebab apa Aiman pula jadi seperti itu,” katanya. 

Jason juga mengakui proses untuk memilih pelakon yang sesuai untuk membawakan watak Lara bukanlah suatu tugas yang mudah. 

“Tanyalah kepada Tiz. Dia sendiri terpaksa datang proses uji bakat sebanyak tiga hingga empat kali. 

“Uji bakat ini dibuat berkali-kali kerana kita perlu menilai dari sudut pengarahan, tafsiran dan pemahaman Tiz terhadap watak Lara dan keseluruhan jalan cerita ‘Liar’ ini. 

“Daripada keseluruhan proses yang dilaluinya itu, kita dapati, memang Tiz sesuai membawakan watak sebagai Lara,” katanya. 

Jason juga akui, adalah tidak mudah untuk mencetuskan elemen-elemen psikologikal di dalam siri ini sama ada untuk pelakon mahu pun penonton. 

“Kita kena banyak berhati-hati untuk dedahkan apa yang boleh didedahkan dan apa yang tidak perlu,” katanya lagi. 

‘Liar’ yang diterbitkan syarikat produksi Double Vision Sdn Bhd dihasilkan sebanyak 12 episod dan bakal ditayangkan di Astro Citra pada 21 November ini. 

 

Sinopsis Liar 

Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Dia baru bercerai dengan suaminya dan bersetuju untuk keluar bertemu janji dengan seorang pakar bedah yang baru kematian isteri, Aiman Yusuf. Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. 

Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar? ‘Liar’ menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.  - Getaran, 28 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

I.D Kisah Balas Dendam dan Jenayah Siber

3

TARA 2 tahun yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

4

TARA 2 tahun yang lalu

7 Program Hiburan Korea Terbaik Di Astro Sepanjang Ogos

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 jam yang lalu

Khadam Kutip RM1.2 Juta Selepas 5 Hari Ditayangkan, Ungguli Carta Filem Tempatan

oleh Rahayu MN