web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MoC Malaysia-Jepun Perlu Diperluas Rangkum Industri Kreatif, Penggambaran Filem

Keselamatan siber, perlindungan data peribadi, pembangunan ekonomi digital dan kerjasama digital rentas sempadan turut dicadangkan menjadi keutamaan dalam kerjasama akan datang.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2022 8:12PM

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (kanan) menerima kunjungan hormat dari Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko di pejabatnya hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Malaysia mencadangkan kepada Jepun agar Memorandum Kerjasama (MoC) Malaysia-Jepun dalam bidang penerangan dan komunikasi diperbaharui dengan memperluaskan skop kerjasama dengan memasukkan industri kreatif dan penggambaran filem.

Perkara itu disuarakan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Sri Annuar Musa ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko di kementeriannya di Putrajaya hari ini dalam perbincangan dua hala bagi memperkukuhkan kerjasama dalam bidang komunikasi.

Annuar berkata beliau juga mencadangkan keselamatan siber, perlindungan data peribadi, pembangunan ekonomi digital dan kerjasama digital rentas sempadan turut menjadi keutamaan dalam kerjasama akan datang.

Malaysia dan Jepun memeterai MoC pada 17 Januari 2017 bagi kerjasama dua hala antaranya dalam sektor informasi dan komunikasi sejagat terutamanya dalam bidang penyiaran.

“Saya minta dalam kerjasama akan datang, aspek berkaitan keselamatan siber, perlindungan data peribadi, rentas sempadan dan ekonomi digital menjadi keutamaan kita.

"Selain daripada bidang yang biasa bekerjasama, saya meminta industri kreatif dan penggambaran filem dijadikan satu lagi skop untuk dimasukkan dalam kerjasama antara kedua-dua negara," katanya kepada media selepas menerima kunjungan itu.

Dalam pertemuan itu, Annuar berkata beliau juga mempelawa pengarah dan penerbit filem dari Jepun untuk datang ke Malaysia membuat penggambaran serta mengambil peluang menyertai program seperti “Film In Malaysia Incentive” (FIMI), yang secara tidak langsung mempromosikan keindahan Malaysia kepada dunia.

Menurutnya, ia mempunyai potensi serta mampu memberi impak besar kepada industri pelancongan negara selain usaha menarik pelaburan asing dan syarikat luar negara untuk melabur di Malaysia.

Annuar berkata beliau juga menggunakan peluang daripada kunjungan itu untuk mendapatkan sokongan Jepun bagi  pencalonan Malaysia dalam Majlis Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa  (ITU) Rantau  E (Asia dan Australasia) pada Persidangan Plenipotensiari di Romania dari 26 Sept hingga 14 Oktober depan. 

Annuar berkata beliau turut berkongsi tentang perkembangan pelaksanaan 5G di Malaysia dan menjelaskan status terkini pendekatan diambil kerajaan iaitu Rangkaian Borong Tunggal (SWN) bagi mempercepatkan pelaksanaannya serta memastikan kos yang ditanggung pengguna adalah rendah.

Beliau turut menyifatkan kunjungan Duta Besar Jepun itu sebagai kesungguhan Kerajaan Jepun untuk memastikan hubungan erat sedia ada dengan Malaysia terus diperkukuhkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN