web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


FINAS Sasar RM50 Juta Pelaburan Asing Menerusi FIMI

Selain mempromosi dan menjual produk kandungan kreatif negara, Malaysia menghadiri Marche Du Film (MARCHE 2022) untuk menarik pelabur asing ke negara ini melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2022 9:19AM

Gambar: Instagram @mdf_cannes

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penyertaan dan penglibatan Malaysia di pasaran filem Marche Du Film (MARCHE 2022), adalah penting sebagai penanda aras kesungguhan Malaysia dalam mempromosi sekali gus menjual produk-produk kandungan kreatif negara ke peringkat antarabangsa.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai delegasi Malaysia ke pasaran filem itu yang diadakan di Palais des Festivals di Cannes, Perancis bermula Selasa (17 Mei) hingga 25 Mei ini.

Marche Du Film merupakan sebuah pasaran filem terbesar dunia yang mengumpulkan ramai penerbit, pemodal, penyiar, pengedar, pembekal serta pembeli filem dari serata dunia untuk membina jaringan penjualan kandungan kreatif di peringkat global selain berkongsi pandangan dan prospek projek filem.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata selain mempromosi dan menjual produk kandungan kreatif negara, tujuan utama Malaysia menghadiri pasaran filem itu adalah untuk menarik pelabur asing ke negara ini melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI).

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Prof Dr Md Nasir Ibrahim

"Tahun ini kami menyasarkan pelaburan asing ke dalam Malaysia melalui insentif FIMI sebanyak RM50 juta.

"FINAS berhasrat menggunakan pasaran MARCHE sebagai platform bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi penggambaran antarabangsa yang menawarkan 30 peratus rebat tunai melalui FIMI dan tambahan sehingga lima peratus melalui ‘cultural test’,” katanya kepada Bernama.

Md Nasir berkata sebanyak 13 syarikat tempatan yang menampilkan pelbagai produk kandungan kreatif seperti filem cereka, animasi, dokumentari dan lain-lain akan menghadiri MARCHE 2022 dengan 10 syarikat hadir secara fizikal manakala tiga syarikat secara dalam talian.

Antara syarikat terlibat adalah Barnstorm Entertainment, Biscuits Films, Film Wallet Group, Iskandar Malaysia Studios, Jazzy Pictures dan Sarawak Media Group.

“Kita juga mengadakan ‘Pavilion Malaysia’ di sana (Cannes) bagi menghimpunkan penggiat industri kreatif Malaysia di bawah satu bumbung dan memperkenalkan mereka kepada penggiat industri antarabangsa.

“Ini sekali gus membuktikan kesungguhan pihak kerajaan dalam membantu penggiat industri kandungan kreatif tempatan menembusi pasaran global selepas terjejas teruk semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID-19,” katanya.

Mengulas mengenai penyertaan negara dalam pasaran antarabangsa, Md Nasir berkata Malaysia melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) dan FINAS telah menyertai pasaran antarabangsa sejak 2009 dengan penjualan kandungan kreatif oleh syarikat produksi tempatan yang menyertainya sepanjang 12 tahun lepas sebanyak RM600 juta.

Beliau berkata nilai pelaburan yang diperoleh menerusi FIMI dari 2013 hingga tahun lepas pula sebanyak RM4 bilion.

“FINAS menyasarkan pelaburan asing bagi projek-projek besar dan berprofil tinggi melalui FIMI seperti sebelum ini. Antara contoh projek yang pernah memilih Malaysia sebagai lokasi penggambaran adalah filem Crazy Rich Asians, Kuu Kuu Harajuku, 6 Underground dan 'The Mandalorian' iaitu siri Star Wars.

“Ini membuktikan negara luar kini sedang memberi fokus untuk menjadikan Malaysia sebagai satu daripada lokasi penggambaran bagi produksi mereka berdasarkan lokasi yang menarik, tenaga kerja berkemahiran, kemudahan produksi, hospitaliti dan insentif yang ditawarkan,” katanya.

Sepanjang sembilan hari penganjuran, pelbagai program mengisi MARCHE 2022 termasuk mesyuarat bersama syarikat produksi antarabangsa, persidangan bertajuk Malaysia - The Heartbeat of Asia dan sesi pasaran produk kandungan kreatif. - Bernama

Tangkapan layar laman web Marchedufilm.com
Tangkapan layar laman web Marchedufilm.com

Isu Pada

Pyu, Tok Dalang Cilik

14 May 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Getaran Tanyakan Episod 3

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Pelaksanaan Subsidi Bersasar Tidak Beri Kesan Kepada Pelaburan Asing - Tengku Zafrul

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Hampir 5,000 Penggiat Seni Bakal Peroleh Manfaat Kerjasama FINAS, PERKESO - Fahmi

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN