web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hidung Eina Azman Tertumbuk Demi 'Kampong Pisang Berbuah Dua Kali'

Selain berlakon, watak sebagai Cik Mek memerlukan Eena untuk menari, bersilat, bertarung dan menyanyi.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2022 5:00PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon Datin Paduka Eina Azman mengakui sedih apabila tidak berpeluang untuk bekerja dengan Allahyarham Mamat Khalid dalam Kampong Pisang Berbuah Dua Kali. Kerja-kerja pengarahan filem ini telah disempurnakan oleh anak keempatnya, Amen Khalid. 

“Waktu saya berusia 17 tahun, saya pernah berlakon dengan abang Mamat dalam filem Zombie Kampong Pisang

“Jadi, apabila saya ditawarkan untuk membawakan watak Cik Mek ini, saya teruja sebab saya dapat melakukan reunion dengan abang Mamat dan pasukannya sebab dari dulu sampai sekarang, pasukannya sama sahaja. 

“Tapi, waktu saya dalam perjalanan ke Penang, saya dapat tahu abang Mamat sudah meninggal dunia. Saya sedih kerana hasrat untuk bekerja semula dengan abang Mamat tidak kesampaian. 

“Kemudian, isterinya, Kak Intan menghubungi saya untuk berbincang dan meminta saya untuk memberikan sokongan kepada Amen. Bertitik tolak daripada itu, saya cuba sehabis daya untuk memberikan yang terbaik,” katanya kepada Getaran. 

Menurut Eina lagi, sewaktu mula-mula menerima tawaran untuk membintangi filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, dia rasa berbelah bahagi. 

“Saya baru lepas selesai menjayakan sebuah drama dan mempunyai sebuah lagi projek drama yang patut diselesaikan. 

“Pengurus produksinya yang merupakan kawan saya menghubungi saya lagi dan memujuk saya untuk pertimbangkan tawaran ini kerana ia sesuatu yang berbeza. 

“Katanya dalam filem ini saya kena menyanyi, bersilat dan ada lawan-lawan. Dia juga beritahu abang Mamat mahu sangat saya berlakon dalam filem ini. Lepas berbincang lebih lanjut, baru saya kata okey,” katanya lagi. 

Jelas Eina lagi, dia mengakui agak sukar untuk membawakan watak sebagai Cek Mek iaitu makhluk halus yang menggugat keamanan penduduk Kampong Pisang.

“Bayangkan selain berlakon, saya juga kena menari, bersilat, bertarung dan menyanyi. Saya tidak pernah buat semua itu sebelum ini. 

“Saya sentiasa berbincang dengan Amen selaku pengarah untuk tahu apa yang dia inginkan daripada saya. Amen akan jelaskan. 

“Banyak perkara yang saya belajar. Saya tak pernah buat babak berlawan. Jadi bagi saya ia menarik. Waktu penggambaran pula dibuat jam 6 pagi,” katanya rancak bercerita. 

Dia juga tidak dapat melupakan suatu insiden di mana sewaktu melakukan latihan babak lawan dengan Anis Nisham yang membawakan watak Yati, tiba-tiba Anis secara tidak sengaja tertumbuk hidungnya.

“Ia satu kenangan yang saya tidak akan dapat dilupakan,” katanya lagi. 

Pernah diserang COVID-19 bersama suami dan anak-anaknya, Eina mengakui bahawa dia kini sering melakukan ujian kendiri setiap hari. 

“Kes harian sekarang semakin meningkat. Tapi, dalam waktu yang sama kita pula bekerja. Jadi kenalah buat ujian kendiri tersebut. 

“Saya pernah alami COVID-19. Saya tidak akan lupakan kejadian itu dan saya tidak mahu ia berulang semula,” katanya mengakhiri perbualan. 

Filem komedi seram terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut yang boleh dilanggan di saluran Astro First ini membariskan pelakon Kazar Saisi sebagai Pak Din, Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M. Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Paduka Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana) dan Dewa Sapri (Cik Purnama).

Tidak ketinggalan Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M.), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati). - Getaran, 14 Mac 2022

Gambar: Eina Azman FB dan Astro Shaw

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Mula Ditayang Esok 

2

Filem & TV 4 tahun yang lalu

6 Hari Tayang, ‘Kampong Pisang Berbuah Dua Kali’ Kutip RM1 Juta

3

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Karya ‘Kampong Pisang’ Mamat Khalid Lebih Kemas Di Tangan Amen!  

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

'Kampong Pisang Kita Setandan' Angkat Semangat Perpaduan

Sorotan

1

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

2

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

3

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

4

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

5

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

6

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN