Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Kampong Pisang Berbuah Dua Kali Mula Ditayang Esok 

Filem komedi seram, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali telah bersedia temui peminat dan penonton di panggung wayang terpilih seluruh Malaysia bermula esok  dalam tempoh terhad.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2022 4:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sejak ditayangkan pada 3 Mac lalu, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali masih lagi mendominasi carta No. 1 di Astro First dengan meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh enam hari, membuktikan filem sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid ini menerima sambutan yang cukup hangat. 

Kini, filem komedi seram ini telah pun bersedia temui peminat dan penonton di panggung wayang terpilih seluruh Malaysia bermula 18 Mac(esok hari)  dalam tempoh terhad.

Ini menyaksikan kali pertama setelah empat tahun Kampong Pisang Universe ditayangkan di panggung wayang menerusi filem Hantu Kak Limah.

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad  berkata, selaku penerbit, pihaknya merasakan karya sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid ini seharusnya dinikmati menerusi platform berbeza yang menawarkan perspektif tersendiri. 

“Jadi Astro Shaw mengambil inisiatif dengan membawakan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ke pawagam. 

“Ini memberikan peluang buat para penonton untuk merasai kelainan dari sudut pengalaman sinematik, di samping merasai keseronokan bergelak-tawa bersama seisi keluarga mahu pun rakan-rakan di layar perak. 

“Kami mengharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat memastikan karya sentuhan terakhir ini terus dihargai dan tersemat di hati kita semua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargava berkata, sutradara Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan legasi besar buat industri perfileman.

“ Filem-filem sentuhannya banyak memberi kesan serta meninggalkan gelak-tawa kepada penonton Malaysia yang meliputi semua peringkat umur dan bangsa. 

“Sebagai tanda penghargaan buat legenda hebat ini, TGV Cinemas memainkan peranannya sebagai pemamer dengan menyediakan ruang buat filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali agar ia dapat dinikmati oleh peminat dan penonton dengan sinematik berbeza,” katanya.

Pawagam terpilih yang akan menayangkan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali adalah TGV Bukit Tinggi, Klang; TGV Kinta City, Ipoh; TGV Bukit Mertajam, Penang; TGV Tebrau City, Johor; TGV Mesra Mall, Terengganu; dan TGV Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati).

Kisah kekecohan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali bermula dengan kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. 

Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. 

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka. - Getaran, 17 Mac 2022  

Gambar:  Astro Shaw

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 16 jam yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 hari yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Muzik 9 jam yang lalu

Konsert Aina Abdul Penanda Aras Baharu MPO - Konduktor

Muzik 1 hari yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

De Fam jawab kritikan dan jelaskan lirik lagu ini ditulis berdasarkan pengalaman sendiri.

oleh Rahayu MN

Filem & TV 5 jam yang lalu

Maryam Pagi Ke Malam Raih 2 Anugerah Di Festival Filem Asia Ke-21

Selebriti 1 hari yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

oleh Wartawan Getaran