web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Kampong Pisang Kita Setandan' Angkat Semangat Perpaduan

Diterbitkan dalam bentuk format filem pendek berdurasi setengah jam sempena Hari Malaysia, 'Kampong Pisang Kita Setandan' cuba mengangkat semangat perpaduan dalam kalangan penduduk Kampong Pisang. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 12:48PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kampong Pisang kembali menjadi huru-hara! Semuanya gara-gara kerana percintaan yang terhalang di antara pemuda Cina dengan gadis Melayu dek kerana orang tua yang tidak merestui hubungan mereka. 

Geng Kampong Pisang yang diketuai Pak Din Pest Control cuba mencari kepastian dan menyelamatkan suasana demi memastikan keharmonian penduduk di kampung itu terus terpelihara. 

Inilah premis cerita yang cuba dipersembahkan pengarah prolifik, Mamat Khalid di dalam francais terbaharu Kampong Pisang iaitu Kampong Pisang Kita Setandan yang mula ditayangkan di Astro 25 (saluran 100) bermula hari ini.  

Diterbitkan dalam bentuk format filem pendek dengan durasi setengah jam bersempena Hari Malaysia, Kampong Pisang Kita Setandan cuba mengangkat semangat perpaduan yang wujud di dalam kampung yang sangat dekat di hati penonton itu. 

Mamat berkata, Kampong Pisang Kita Setandan dihasilkan bagi menyemat semangat bersatu padu dalam diri kita sebagai rakyat Malaysia. 

“Pengisian filem pendek ini tidak hanya tertumpu kepada penyatuan semua bangsa dalam meraikan kepelbagaian kaum di negara ini, tetapi adat serta budaya juga turut diangkat sama untuk mendidik generasi muda. 

“Harapan saya, penonton akan terhibur dengan telatah penduduk penduduk Kampong Pisang dan pada masa sama ia dapat diterima semua generasi serta mampu membina jiwa bangsa dan semangat bersatu hati antara mereka,” katanya. 

Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, jenama Kampong Pisang kali ini membawa mesej berbeza dengan mengetengahkan konsep semangat perpaduan dan nilai patriotisme dalam penceritaannya. 

“Terima kasih kepada Pengarah Mamat Khalid kerana sentiasa kreatif dalam menampilkan pengisian terbaik dan padat dengan mesej. 

“Kami berharap, Kampong Pisang Kita Setandan dapat menjadi inspirasi serta memupuk semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat tempatan, selain meraikan Hari Malaysia dengan lebih bererti,” katanya. 

Kampong Pisang Kita Setandan dibarisi pelakon Kazar Saisi, Bell Ngasri, Aziz M Osman, Dewa Sapri, Mat London, Ahmad Yasin, Rashid Othman serta kemunculan istimewa Wong Wei Tian dan Bulan Terry.

Selain Astro 25 (saluran 100), filem pendek yang menampilkan watak-watak seperti Barkoba, Pak Jabit, Pak Din, Pak Karim, Cik Purnama, Ahmad Yassin dan Faguha Jabar ini juga boleh ditonton menerusi platform penstriminan On Demand dan Astro GO.

Istimewa buat penonton, filem pendek ini juga turut ditayangkan di beberapa saluran Astro lain seperti berikut:

  • 16 September, Khamis, 5.30 petang Astro Prima (saluran 105)
  • 16 September, Khamis, 9.30 malam Astro Ria (saluran 104)
  • 18 September, Sabtu, 10.00 malam Astro Warna (saluran107)
  • 20 September, Isnin, 8.00 malam Astro Citra (saluran 108)
  • 22 September, Rabu, 12.30 tengahari NJOI TV (saluran 140)

Sinopsis 

Seorang pemuda bernama Teck Zee iaitu anak kepada Ng Chee Lam ingin berkahwin dengan kekasihnya, Bulan. Namun, kedua orang tua Teck Zee tidak bersetuju dengan perkahwinan anaknya. Mengapa? 

Pak Din Pest Control bersama beberapa penduduk Kampong Pisang yang lain terpaksa masuk campur untuk menyelesaikan isu ini. Berjayakah mereka? Saksikan avengers Kampong Pisang beraksi sekali lagi. - Getaran, 16 September 2021

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Anak Mamat Khalid Teruskan Fenomena 'Barkoba' Dalam 19 Puasa

2

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem Pendek 'Pewaris Harapan Negara' Papar Semangat Patriotik

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

7 Pembuat Filem Pendek Terima Dana FINAS

4

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Pulang Raya Berbasikal Dalam 'Tujuh Hari Di Bawah Matahari'

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN