web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pulang Raya Berbasikal Dalam 'Tujuh Hari Di Bawah Matahari'

Diarahkan Razaisyam Rashid, filem iklan raya pendek yang dibintangi Nadhir Nasar ini menjalani penggambaran selama tujuh hari di Kuala Lumpur dan Perlis.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 5:08PM

Gambar: Instagram @nadhirnasar_

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cuba membawa kelainan menerusi penceritaan iklan raya tahun ini, Astro tampil dengan Tujuh Hari Di Bawah Matahari yang mencabar tanggapan dan jangkaan masyarakat tentang erti ketabahan serta kesungguhan ketika menghadapi dugaan. 

Naratifnya mengenai seorang pemuda yang kehilangan pekerjaan dan ingin kembali ke pangkuan keluarganya sempena Aidilfitri. Dia mengambil keputusan untuk mengayuh basikal sejauh 500 kilometer dengan kucing kesayangannya.

Harta benda, sisi realiti jaringan media sosial yang kurang menyenangkan, erti persahabatan, kasih sayang keluarga serta keengganan meminta bantuan walaupun menyedari diri memerlukannya menjadi inti pati penceritaan.

Namun, apa yang menarik, filem pendek ini turut menyelami kepincangan isu-isu sosial dan memaparkan bagaimana manusia tidak seharusnya mengadili seseorang atau situasi berdasarkan apa yang mereka lihat di jaringan media sosial. 

Diarahkan Razaisyam Rashid, filem iklan raya pendek yang menjalani penggambaran selama tujuh hari di Kuala Lumpur dan Perlis ini dibintangi pelakon Nadhir Nasar, Pekin Ibrahim, Sherry Merlis dan Sean Lee. 

Ketua Pemasaran Bisnes Melayu Astro, Ezura Shazween berkata, “Astro sentiasa meneruskan penggunaan platform-platformnya untuk kebaikan demi memberi inspirasi kepada semua. Tujuh Hari Di Bawah Matahari menyambung tradisi ini sebagai misi kami pada tahun ini. 

“Tentang pemilihan Razaisyam Rashid pula, dia merupakan sutradara terbaik untuk mengarah filem pendek ini berdasarkan kerja-kerjanya sebelum ini termasuk 'Projek: Anchor SPM', Pusaka dan Sembil9n

“Dia mempunyai kemampuan untuk menghasilkan sesuatu yang menakjubkan yang menepati aspirasi kami menerusi naratif filem pendek ini.

“Filem ini memaparkan elemen kepelbagaian menerusi barisan pelakonnya yang terdiri daripada mereka yang lama bertapa di dalam industri lakonan serta muka-muka baharu. 

“Tidak dilupakan juga, kami mempunyai seekor kucing istimewa yang membawa perubahan yang signifikan terhadap karakter Emil,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pengarah Kreatif Naga DDB Tribal, Shiraz Faruqi berkata, menukar fokus terhadap isu-isu sosial yang tersirat merupakan matlamat sebenar mereka. 

“Kami gembira kerana diberikan peluang untuk membawa penceritaan relevan yang boleh diterima oleh orang ramai. Namun yang paling mustahak adalah filem ini menyambung usaha-usaha jenama Astro dalam membuka minda orang ramai terhadap perspektif baharu. 

Tujuh Hari Di Bawah Matahari akan disiarkan secara serentak di saluran-saluran Astro termasuk Ria, Prima, Warna, Citra dan Ceria pada 4 Mei yakni 3 Syawal, jam 8.00 malam. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Hari Raya Aidil Fitri: Melangkaui Toleransi — Seruan Untuk Penerimaan

2

Kolum 1 tahun yang lalu

Menghitung Rahmat Dan Bahagia Di Aidilfitri

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Muatnaik Foto Raya Bersama, Netizen 'Approved' Syed Saddiq Dan Bella Astillah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN