web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anak Mamat Khalid Teruskan Fenomena 'Barkoba' Dalam 19 Puasa

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2023 9:57PM

Watak 'Barkoba' yang dibawa Bell Ngasri akan diteruskan menerusi telefilem bersiri 19 Puasa - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH -- Telefilem bersiri ‘19 Puasa’ kini dalam pembikinan dengan mengekalkan pelakon sedia ada termasuk Ngasrizal Ngasri atau Bell yang memegang watak ‘Barkoba’, sebagai teraju utama.

Sutradaranya Mohd Khalid Amen Mohamad berkata telefilem itu dijangka menemui penonton tahun depan.

"Insya-Allah saya sedang siapkan 19 Puasa yang dalam pembikinan bersama pelakon sedia ada, jadi nantikan kemunculan sekuel ini kelak," katanya yang juga anak pengarah Allahyarham Mamat Khalid.

Mohd Khalid Amen ditemui ketika menjadi panel program Sembang Santai Sempena Pameran Sutradara Mamat Khalid: Dalam Kenangan 2023 di Perpustakaan Awam Negeri Perak di sini hari ini.

‘19 Puasa’ merupakan sekuel kepada telefilem ‘16 Puasa’, ‘17 Puasa’ dan ‘18 Puasa’ yang ditulis dan diarahkan Allahyarham Mamat Khalid bermula pada 2017.

Telefilem komedi yang lazimnya ditayangkan pada bulan Ramadan itu, mengisahkan sekumpulan penduduk di Kampong Pisang yang suka ponteng puasa dan berusaha menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan keluarga masing-masing.

Mengakui tugas berat dalam meneruskan kecemerlangan arwah bapanya, Mohd Khalid Amen bertekad untuk terus memperjuangkan kerjaya dalam bidang pengarahan seperti yang dimahukan bapanya itu.

"Amanah dan tanggungjawab yang saya pikul cukup berat, apatah lagi apabila semua mata tertumpu kepada saya selepas menunaikan tugas pertama iaitu menyiapkan karya ayah, ‘Kampong Pisang Berbuah Dua Kali’.

"Ketika duduk di kerusi pengarah barulah saya tahu apa yang ayah rasa, tanggungjawabnya sangat besar dan untuk berjaya saya perlu lalui semuanya,” katanya.

Mohd Khalid Amen juga bakal muncul dengan filem arahan pertamanya 'Sahul Bhai' yang akan ditayangkan di pawagam September ini. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kanak-Kanak Autistik Ditemukan Maut Dalam Longkang, Meninggal Dunia Akibat Lemas

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa