Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Karya ‘Kampong Pisang’ Mamat Khalid Lebih Kemas Di Tangan Amen!  

Untuk filem ‘Kampong Pisang Berbuah Dua Kali’, Amen Khaled  menggalas tanggungjawab lebih besar sebagai pengarah bagi menyempurnakan karya terakhir Mamat Khalid ini.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Mar 2022 5:12PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebelum pemergiannya yang tidak dijangka pada 24 Oktober 2021, penulis berkesempatan menziarahi Allahyarham Mamat Khalid di set lokasi sitkom ‘Klik Riders’ di studio FINAS pada awal Januari tahun yang sama dan beliau berkongsi beberapa perancangan filem yang ingin dihasilkan. 

Kata Mamat, selepas selesai Klik Riders, beliau mahu menumpukan perhatian terhadap filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali dan dalam proses menyiapkan skripnya. 

“Abang tak tahu kenapa idea abang datang mencurah-curah. Abang memang tengah bersemangat untuk berkarya. Elly kena support abang,” katanya kepada penulis. 

Saya bilang: “Abang kena terus berkarya. Abang hidup kerana berkarya. Abang bersemangat bila berkarya. Bila abang dah ready, saya akan tulis pasal Kampong Pisang berbuah Dua Kali. 

Dia mengangguk memberikan senyum simpulnya yang sudah sekian lama menjadi trademark dirinya sambil memberikan high five kepada saya. Memang dia kelihatan bersemangat betul. 

Tapi, siapa sangka dan siapa menduga Mamat akan pergi dahulu sebelum filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali disiapkan. Mujurlah bakat mengarah Mamat diwarisi anak keempatnya, Amen Khalid yang sentiasa disalah anggap sebagai Adam (abangnya yang merupakan anak ketiga Mamat). 

Adam yang sentiasa muncul di dalam filem-filem Mamat Khalid sewaktu di usia cilik lebih gemar menonjolkan kreativitinya sebagai chef di dapur masakan. 

Kerja-kerja pengarahan, penggambaran dan set lokasi bagaimanapun bukanlah dunia baharu buat Amen. Sebelum ini Amen yang bertanggungjawab melakukan suntingan terhadap hasil kerja dan karya-karya Mamat Khalid, bahkan turut bertindak sebagai pembantu pengarah. Amen juga pernah mengarahkan dua telefilem sebelum ini. 

Untuk filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Amen kali ini menggalas tanggungjawab yang lebih besar iaitu menjadi pengarah bagi menyempurnakan karya terakhir Mamat Khalid ini, selain terus kekal melakukan kerja-kerja suntingan filem tersebut. 

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini juga merupakan filem pertama yang diarahkan Amen dan telah mula ditayangkan di saluran Astro First sejak 3 Mac lalu. 

Ia masih mengekalkan watak-watak yang menjadi tonggak utama penduduk Kampong Pisang seperti 

Kazar Saisi sebagai Pak Din, Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati).

Namun, beberapa watak baharu iaitu Cik Mek lakonan Datin Paduka Eina Azman, Cik Gerhana (Azman Mantra) serta Yaakob Kangkong (Dollah Cantik) diperkenalkan. Watak Khuda dan Teck Zee daripada telefilem Kampong Kita Setandan turut kembali dalam filem ini.  

Cik Mek adalah watak makhluk halus yang mengganggu gugat penduduk Kampong Pisang dan cuba untuk memanipulasi Cik Gerhana yang juga seorang nelayan di kampung itu. Manakala Yaakob Kangkong adalah ahli politik yang cuba mencari pengaruh sehingga sanggup menggunakan ilmu hitam untuk mencapai hasrat dan impiannya. 

Kata Amen, dia cuba menyempurnakan filem itu dengan sebaik mungkin tanpa mengganggu acuan dan gaya pengarahan Mamat Khalid. Nampaknya, Amen benar-benar berpegang dengan kata-katanya. 

Menonton filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ini seolah-olah seperti menonton semula karya-karya Kampong Pisang Mamat Khalid sebelum ini. 

Setiap watak penduduk kampung tetap menonjol sama ada dengan berdialog atau tanpa dialog, cuma kali ini, Cik Mek dan Cik Gerhana yang menjadi tunjangnya. Selaku Cik Mek, Eina Azman nampaknya bekerja keras untuk menguasai lakonan, tarian, nyanyian dan bersilat pada waktu yang sama dan dia melakukannya dengan baik. 

Cik Gerhana iaitu Azman Mantra pula mengejutkan kerana ternyata dia boleh berlakon dan vokalnya kala menyanyi memang hebat sehingga kita rasa tidak seimbang pula bila dia membawakan lagu Kehebatan Cinta (nyanyian asal Dato Jamal Abdillah dan Francesca Peters) itu dengan Eina. 

Elemen memperkasakan golongan wanita (women’s empowerment) turut diangkat dalam filem apabila keamanan Kampong Pisang diselamatkan Yati. Babak pertarungan wanita di dalam filem ini juga adalah satu tarikan yang menarik. 

Mamat memang berjiwa feminis dan pastinya dia mengakui bahawa kekuatan wanita juga bukan calang-calang. Di sebalik kehebatan Pak Karim sebagai guru silat, hebat lagi ilmu silat Yati yang diturunkan oleh neneknya. 

Garapan filem ini nampak lebih kemas lagi di tangan Amen sebagai pengarah. Elemen sinematik lebih menonjol dan Amen turut menyuntik eksperimentasinya sendiri menerusi babak-babak CGI yang lebih padu. 

Suntingan Amen kali ini lebih selari dengan garapan filem. Itulah untungnya apabila seorang pengarah filem mampu membuat suntingan filem sendiri. 

Pemilihan lagu, lawak-lawak bersahaja dan dialog-dialog sinikal serta sindiran sosial yang  padat masih lari dengan feel dunia Kampong Pisang yang dicetuskan Mamat.  

Bukan sahaja Amen berjaya mengarahkan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ini dengan baik tetapi dia juga berjaya memberikan nafas baharu kepada karya Mamat Khalid ini.  Rasanya, peminat filem tempatan juga sudah bersedia untuk menerima filem karya Amen sendiri pada masa akan datang. Kita tunggu! - Getaran, 8 Mac 2022


Gambar: Astro Shaw 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 6 hari yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

3

Filem & TV 2 bulan yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

WGS 2024: Shah Rukh Khan Bawa Inovasi Teknologi Dalam Industri Filem India

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Selebriti 4 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 15 jam yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 1 hari yang lalu

Adira Sah Bercerai

Lafaz talak satu dibuat Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat pagi tadi.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Bella Astillah Akui Bertemu Sarah Jasmine, Baca Mesej Ruhainies Desak Aliff Buka Aibnya

oleh Helmi Anuar