web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


6 Hari Tayang, ‘Kampong Pisang Berbuah Dua Kali’ Kutip RM1 Juta

Amen Khaled merealisasikan karya arwah Mamat Khalid itu sebaiknya dan cuba mengekalkan gaya pengarahan bapanya.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2022 5:39PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali  yang disempurnakan pengarah Amen Khalid telah berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh enam hari menerusi tayangan di saluran Astro First.

Kampong Pisang Berbuah Dua Kali  yang menemui penonton sejak 3 Mac lalu turut menerima reaksi positif daripada penonton yang berkongsi pendapat di ruang platform media sosial. 

Selain mesejnya, rata-rata penonton memuji sinematografi dan babak-babak cantik dan kemas yang ditonjolkan dalam filem ini serta memuji bakat Amen Khalid dalam mengarahkan filem komedi seram.

Amen yang juga anak keempat Mamat berkata, dia bersyukur kerana mendapat kepercayaan yang padu daripada pihak Astro untuk mengarahkan filem ini. 

“Tapi sejujurnya, saya tidak akan dapat buat filem ini tanpa sokongan mama. Dia yang bagi saya semangat. Dia yang mahu saya buat. 

“Untuk mengarahkan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ini bukanlah satu tugas yang muda, lebih-lebih lagi apabila terpaksa mengarahkan pelakon-pelakon berpengalaman luas. 

“Siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan mereka. Nak cakap Action! pun saya rasa cukup segan. 

“Tapi, Alhamdulillah, ramai kawan arwah papa memberi sokongan kepada saya. Uncle Aziz Osman, begitu juga dengan seluruh barisan pelakon Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ini,” katanya. 

Menurut Amen lagi, dia juga sentiasa berpegang dengan pesanan arwah bapanya supaya melakukan kerja dengan serius dan memikul tanggungjawab yang diberikan dengan betul. 

“Saya cuba merealisasikan karya arwah papa ini dengan sebaiknya dan cuba untuk kekalkan gaya pengarahan papa.

“Walaupun mungkin ada orang cakap stail Amen lebih kurang sama macam arwah papa tapi bagi Amen, Mamat Khalid hanya ada satu sahaja dalam dunia ini. Tidak mungkin saya akan mampu menggantikan tempat beliau,” katanya. 

Jelas Amen lagi, dia sebenarnya tidak tahu apa yang cuba disampaikan arwah papanya dalam Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ini. 

“Sebelum meninggal dunia dia masih lagi menulis skrip ini. Tapi saya tahu, arwah papa ada berjumpa dengan Azman Mantra dan mereka berbincang tentang watak Gerhana. 

“Bila dapat skrip baru saya cuba baca dan fahamkan. Sebelum saya memulakan penggambaran filem ini, saya terpaksa kaji balik filem-filem Kampong Pisang yang lama. Saya juga kena banyak membaca,” katanya lagi. 

Tentang kutipan yang diraih Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Amen menzahirkan rasa syukur kerana ia mendapat respons baik daripada penonton. 

“Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton dan saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini. 

“InsyaAllah, 'Kampong Pisang Universe' tidak akan terhenti akan terus ada buat peminat dan penggemar filem tempatan,” katanya. 

Amen bagaimanapun mengakui hingga kini dia masih lagi terasa sayu jika terdengar suara arwah bapanya. 

“Ada masanya bila bersendirian, tiba-tiba saya seperti terdengar-dengar suara dia. Hati saya terus barai, seperti mahu menangis,” katanya. 

Filem komedi seram terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi  sebagai Pak Din, Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Paduka Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana) dan Dewa Sapri (Cik Purnama),.

Tidak ketinggalan Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar) dan Anis Nisham (Yati). 

Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. 

Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke-18 dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.   

Kampung Pisang Berbuah Dua Kali boleh dilanggan dan ditonton di Astro First. - Getaran, 10 Mac 2022

Gambar: Astro Shaw

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN