web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Durioo+ Bukti Produk Malaysia Bukan Sekadar ‘Jaguh Kampung’

Durioo+ menyediakan lebih 100 kandungan yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan prinsip Islam untuk kanak-kanak.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 9:00AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Syarikat animasi tempatan, Durioo mengumumkan pelancaran penstriman global pertama mereka bernama Durioo+ sebagai platform berkualiti tinggi untuk kanak-kanak di seluruh dunia. 

Mensasarkan 60 juta pengguna di seluruh dunia, Durioo+ menyediakan lebih 100 kandungan yang terdiri daripada animasi dan bukan animasi berteraskan nilai dan prinsip pegangan dalam Islam.

Bukan itu sahaja, platform tersebut merancang untuk menampilkan 30 kandungan baharu setiap minggu bagi memberikan pengguna lebih banyak pilihan kandungan untuk ditonton. Syarikat itu juga akan membawa lebih daripada 12 rancangan baharu di bawah jenama Durioo Originals. Antaranya Mina Mila, Little Ammar, Abibi dan banyak lagi.

“Target kita bukan untuk Malaysia sahaja. Kita tak nak jadi jaguh kampung, kita nak jadi jaguh dunia. Target kami sangat besar, jadi impak yang kami nak hasilkan juga sangat besar. 

“Kami menawarkan kandungan dengan kualiti terbaik, selamat dan padat dengan nilai Islamik untuk kanak-kanak. Namun apa yang penting, ia  sangat menarik dan tidak membosankan,”kata pengasas Durioo, Sinan Ismail ketika ditemui Getaran baru-baru ini. 

Durioo+ dibangunkan bersama sekumpulan individu dan bakat kreatif tempatan yang pernah menghasilkan animasi Omar & Hana dan Didi & Friends sebelum ini. Animasi tersebut meraih kejayaan global dan memperoleh lebih 7 juta pengikut di saluran-saluran YouTube mereka.

Kejayaan tersebut diharap dapat diteruskan dengan menjadikan  Durioo+ sebagai platform animasi pilihan untuk kanak-kanak Muslim dari seluruh dunia.

"Kami mahu membantu membina asas Islam yang kukuh untuk penonton kami dengan menyampaikan kandungan pendidikan yang mengajar tentang nilai asas dan kebaikan dalam Islam," tambah Sinan lagi.

Dengan Durioo+, Sinan berharap dapat mendekati kanak-kanak Islam di seluruh dunia supaya mereka bukan sahaja dapat menonton dan berhibur tetapi juga mempelajari tentang keindahan Islam.

Untuk penstriman dalam talian, layari laman web duriooplus.com atau untuk akses yang lebih mudah, pengguna boleh memuat turun aplikasi Durioo+ yang boleh didapati di kedua-dua gedung aplikasi iOS dan Android termasuk Apple TV dan Android TV.

Durioo+ menawarkan langganan dengan kos bulanan hanya RM12.90 atau langganan tahunan pada harga RM129.90 sahaja. Durioo+ juga menawarkan percubaan percuma selama 7 hari. - Getaran, 2 Mac 2022

Gambar: Durioo

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Dulu Mak Larang, Sekarang Bebas Tonton 4 Animasi Ini!

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Angkat Kisah Adat Resam Dayak, Filem Animasi Malaysia Raih Anugerah Di Perancis

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Mechamato Terima Anugerah Peminat Anime Di Tokyo

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Didi & Friends The Movie: Animasi Luar Biasa, Sesuai Untuk Semua Peringkat Umur

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN