Berita Terkini

2 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 3 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Riena Diana Hilang Ingatan!

Laura berusaha memikat hati Huzair semula setelah melihat Huzair telah berjaya. Walaupun Huzair telah bertunang, tetapi Laura tetap cuba menggodanya.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2022 8:58AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siapa sangka, jalan pintas untuk menyembunyikan kebohongan adalah dengan berpura-pura hilang ingatan. Itulah perkara lucu yang bakal ditampilkan Riena Diana dalam lakonan terbaharunya menerusi drama Cinta Amnesia.

Berlakon sebagai Laura Madeena, Riena bakal tampil bersama-sama barisan pelakon seperti Zynakal, Shah Jaszle, Jasmin Hamid, Bell Ngasri, Anas Ridzuan, Nadzmi Adhwa, Faezah Elai, Zaidi Rock dan Khaty Azian.

Laura Madeena dibesarkan dalam keluarga sederhana di Pulau Pinang. Dia mempunyai tiga abang iaitu Lateef, Lukeman dan Leon. Sejak kecil dia mahu keluar dari kampungnya itu dan berangan-angan ingin menjadi seorang selebriti terkenal.

Abang-abangnya sudah lali dengan sikap adiknya namun mereka tetap menyayangi Laura. 

Selepas tamat STPM, Laura telah meninggalkan kampung setelah cintanya ditolak oleh Yassin, anak tauke emas kampung. 

Laura juga tidak melayan Huzair yang telah meluahkan isi hatinya kerana dia hanya anak tauke kilang jahit. Laura yakin dirinya bakal menjadi pelakon dan model yang glamor di bandar. Malah, Laura juga bersumpah Yassin akan menyesal meninggalkannya. 

Setelah seketika, Laura pulang semula ke kampung secara tiba-tiba. Lebih mengejutkan apabila Laura telah hilang ingatan selepas kemalangan. Leon seolah-olah dapat menghidu sesuatu yang tidak kena di sebalik amnesia adiknya. 

Sebenarnya, kehidupan Laura sebagai seorang selebriti popular yang dicanangkan ke satu kampung hanyalah indah khabar dari rupa. Laura terus menyamar hilang ingatan kerana tidak mahu keadaan sebenarnya di bandar terbongkar. 

Laura berusaha memikat hati Huzair semula setelah melihat jejaka itu telah berjaya. Walaupun Huzair telah bertunang, Laura tetap cuba menggodanya.

Drama romantik komedi, 'Cinta Amnesia' setiap hari Rabu hingga Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3. - Getaran, 24 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 7 bulan yang lalu

Selamat Jalan Raymond Goh

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Kenapa Janna Nick Sanggup Seksa Diri Untuk Bersenam? Bukan Pasal lelaki Atau Nak Nampak Seksi, Tapi Ini Sebabnya…. 

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

‘Belajar Bahasa Isyarat Ini Umpama Belajar Menari’ – Ismail Izzani Akui Seronok Apabila Dapat Belajar Ilmu Baharu 

4

TARA 1 tahun yang lalu

Tema 'Seindah Kasih' Semarakkan Kempen Ramadan Raya 2023 Media Prima Dengan Drama-Drama Menarik

Sorotan

1

Tanah Milik Keluarga Ammar Baharin Yang Dipindah Milik Diratifikasi Semula – Amirudin

2

Laporan Interim Nahas Helikopter TLDM Dikeluarkan Esok – Fahmi

3

Pokok Tumbang: Mangsa Lelaki Dibenar Keluar Hospital, Warga Sweden Masih Dirawat

4

Kecederaan Beberapa Tonggak Utama Resahkan TFC

5

Мahkamah Benar Muhyiddin Dapatkan Pasport Bagi Lawat Kakak Sakit Di Australia

6

Mutang Tagal Masih Dirawat Di IJN, Keadaan Agak Serius

Disyorkan untuk anda

Selebriti 15 jam yang lalu

Selamat Pulang Ke Alam Abadi, A. Halim

oleh Sophia Ahmad

Selebriti 1 hari yang lalu

Henry Moodie Tak Sangka Persembahan Percuma Di TRX Dapat Sambutan Ramai

Menurut Henry, peminat yang hadir adalah dua kali ganda daripada jangkaannya.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

Aeril Zafrel Tak Pernah Terfikir Untuk Curang, Selalu Ingat Wajah Anak-Anak

Menurut Aeril, isterinya Wawa Zainal sudah cukup sempurna dan dia tidak mahu rosakkan apa yang dia telah miliki selama ini.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 44 minit yang lalu

Shila Amzah Selamat Bersalin, Ubai Sebak Lihat Isteri Bertarung Nyawa

oleh Wartawan Hiburan Getaran