web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Wong Kar Wai, Pengarah Kontemporari Pengubah Sinema Hong Kong

Bagi mengenang ketokohannya dan kehebatan karya-karya filemnya, MUBI menayangkan tujuh buah filem karya Wong Kar Wai di Malaysia.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 31 Jan 2022 4:33PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Industri filem Hong Kong pernah melalui zaman kegemilangannya pada sekitar pertengahan tahun 80-an sehingga pertengahan 90-an. Dalam tempoh ini, filem-filem Hong Kong bukan sahaja berjaya menguasai pasaran Asia Timur tetapi juga mengecapi reputasi cult di Barat. 

Antara figura penting yang berjaya memberikan impak dalam pembangunan dan kemajuan sinema Hong Kong pada zaman itu adalah Wong Kar Wai. Bahkan, pengarah filem, penulis skrip dan penerbit filem ini masih lagi aktif berkarya sehingga saat ini. 

Wong Kar Wai
Wong Kar Wai

Filem-filem Kar Wai cukup kental dengan ciri-ciri naratif nonlinear yang digabungkan dengan muzik atmosfera dan sinematografi yang jelas dengan warna-warna tebal dan tepu, malah dia juga mahir menerokai tema cinta yang tak kesampaian, tidak terbalas dan tidak berbelah bahagi dalam filem-filemnya.

Karya-karya terbaik Kar Wai adalah bersama sinematografer Chris Doyle dan pengarah seni, pereka produksi, kostum dan penyunting William Chang. Mereka berdua ini cukup memahami cara Kar Wai berfikir, bekerja, berkarya dan menyuntik falsafah pemikirannya dalam setiap karya filemnya. 

Apa yang menarik, Kar Wai mengarah filem seperti seorang pelukis, membentuk karyanya saat berkarya, mengarahnya pada saat dia masih menulis skrip, mengulang semula penggambaran beberapa babak berkali-kali demi menampung pelarasan set kecil serta membuat suntingan filem dan meluncurkannya sendiri, namun, nilai-nilai estetika dalam karyanya sentiasa berada dalam tahap yang terbaik. 

Tidak hairanlah mengapa Kar Wai adalah tokoh sinema Hong Kong yang cukup penting dan turut tersenarai sebagai auteur kontemporari dan antara pengarah yang berjaya mencetuskan Hong Kong Wave dalam sejarah pembikinan filem Hong Kong era moden. 

Bagi mengenang ketokohannya dan kehebatan karya-karya filemnya, MUBI, pengedar global dan servis strim filem berkurasi sedang menayangkan tujuh buah filem Wong Kar Wai di Malaysia, termasuklah lima buah filem yang telah direstorasi. 

Kar Wai mengambil masa lima tahun untuk merestorasi koleksi yang merangkumi karya-karya terbaik beliau sepanjang dekad– 2046 (2004), Chungking Express (1994), Fallen Angels (1995), Happy Together (1997) dan In the Mood for Love (2000). 

Restorasi yang dijalankan dengan kolaborasi bersama Criterion ini diketuai oleh L’Immagine Ritrovata. Prosesnya dijalankan di Bologna dan Hong Kong, di bawah selian Kar Wai sendiri. Filem lain turut ditayangkan di MUBI adalah termasuklah Ashes of Time Redux (2008) dan The Hand (2004).

Berikut adalah sedikit sinopsis filem-filem ini: 

 

In the Mood for Love (2000)

Berlatarbelakangkan Hong Kong pada tahun 1960-an, filem ini dibintangi oleh Tony Leung Chiu-wai (Infernal Affairs, The Grandmaster) dan Maggie Cheung Man Yuk (Days of Being Wild, Hero).

Membawakan watak Mr. Chow dan Mrs. Chan yang pada awalnya bertegur sapa dengan sopan sebagai jiran, tetapi akhirnya menyedari hubungan mereka lebih daripada sekadar bertetangga. 

 

Chungking Express (1994) 

Antara karya terhebat sinema tahun 1990-an, Chungking Express adalah sebuah gambaran kehidupan di Chungking Mansions, Hong Kong.

Simpang siur lorong-lorong dalam pusat komersil ini menjadi latar belakang empat kisah keterasingan, kesunyian, patah hati dan pencarian.

Filem ini dibintangi oleh Brigitte Lin (Ashes of Time), Tony Leung Chiu-wai  (In the Mood for Love), Faye Wong (2046) dan Takeshi Kaneshiro (House of Flying Daggers). 

 

Fallen Angels (1995) 

Asalnya kisah Fallen Angels dimuatkan dalam Chungking Express, namun Wong Kar Wai akhirnya memilih untuk menjadikan cerita romantic-thriller ini filemnya sendiri.

Berlatarbelakangkan hidup di Hong Kong pada waktu malam, filem ini diisi watak-watak aneh namun menarik. Mereka menjalani kehidupan berbeza tetapi masih berhubung kait.

Ada kisah seorang lelaki bisu mencari rezeki dengan cara ‘gelap’, seorang pembunuh upahan yang mahu meninggalkan kerjayanya dan pembantu pembunuh itu yang sangat mencintainya.  

 

Happy Together (1997) 

Happy Together ditayangkan buat pertama kalinya di Festival Filem Cannes 1997. Pada acara yang sama, Wong Kar Wai diberi anugerah Pengarah Terbaik, menjadikan dirinya penerima pertama dari Hong Kong.

Kisah cinta ini dibintangi oleh Tony Leung Chiu-wai dan Leslie Cheung. Pasang surut hubungan sepasang kekasih digambarkan dengan indah dengan latar belakang Argentina.

Cerita cinta disulam obsesi dan patah hati ini antara karya Wong Kar Wai yang paling meruntun perasaan. 

 

2046 (2004)

Hong Kong sekali lagi menjadi latar karya pengarah ulung ini. 2046 adalah sequel kepada filem In The Mood For Love.

Dibintangi oleh pelakon asal adikarya itu, Tony Leung Chiu-wai, 2046 menceritakan tentang seorang penulis yang terperangkap dalam kehidupan lalu, masa kini dan masa depan.

Filemnya cukup memukau, apa lagi diberi sentuhan magis Wong Kar Wai serta para pelakon Zhang Ziyi, Gong Li dan Faye Wong.

 

The Hand (2004)

The Hand adalah kontribusi Wong Kar Wai untuk Eros, sebuah antologi filem tiga bahagian yang turut diisi oleh karya Michelangelo Antonioni dan Steven Soderbergh. 

Berlatarbelakangkan Hong Kong pada tahun 1960-an, filem ini menampilkan Chang Chen (Happy Together) sebagai pembantu tukang jahit yang dihantar untuk mengambil ukuran seorang perempuan simpanan yang jelita (Gong Li).

Pertemuan pertama yang intim membuatkan si pembantu tukang jahit gila bayang. Setiap helai pakaian yang dibuat dengan penuh kasih sayang untuk wanita itu.

Namun hari demi hari, kehidupan mereka berdua semakin berubah. Satunya semakin maju dan satu lagi seperti jatuh ditimpa tangga. 

 

Ashes of Time Redux (2008) 

Satu-satunya filem wuxia (seni mempertahankan diri) Wong Kar Wai, Ashes of Time Redux merupakan versi revisi kepada filem epik 1994 dengan nama yang sama. Filem ini adalah adaptasi longgar novel The Legend of the Condor Heroes.

Disampaikan dengan gaya khas Wong Kar Wai, filem ini adalah semua kisah dendam dan patah hati berlatarbelakangkan gurun Jianghu.

Dibintangi oleh Leslie Cheung, Brigitte Lin dan Tony Leung Chiu-wai, filem indah ini wajib ditonton. - Getaran, 31 Januari 2022


Gambar: MUBI Malaysia
 

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN