web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Zack Snyder’s Justice League’ Bakal Ditayangkan Di Malaysia Bulan Ini

Berita gembira! 'Zack Snyder's Justice League' bakal ditayangkan di Malaysia pada tarikh yang sama dengan tarikh tayangan Amerika Syarikat.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 3:53PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem Zack Snyder’s Justice League akan ditayangkan di Malaysia pada 18 Mac 2021 di HBO GO. Tayangan akan diadakan sama waktu dengan tayangan di Amerika Syarikat. 

Sekali gus ini bermaksud para peminat di Malaysia dan negara-negara serantau (Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Hong Kong dan Taiwan) tidak akan ketinggalan seraya dibanjiri spoilers daripada peminat dari rantau lain. 

Pengumuman ini disertai dengan poster-poster serta teaser trailer watak-watak utama filem ini. 

Namun yang lucunya pagi ini keluar berita bahawa para pelanggan HBO Max di Amerika Syarikat berjaya mendapat sneak peak tidak sengaja filem ini. Menurut laporan The Verge dan The Hollywood Reporter, filem ini tidak sengaja ditayangkan sewaktu slot filem Tom and Jerry.

Seperti yang dinyatakan dalam tulisan terdahulu kami tentang filem ini, walaupun filem Justice League versi Joss Whedon sudah ditayangkan pada tahun 2017, versi Zack Snyder ini sangat dinanti-nantikan oleh para peminat di seluruh dunia. 

Filem ini dibintangi oleh Ben Affleck, Henry Cavill, Amy Adams, Gal Gadot, Ezra Miller, Jason Momoa, Ray Fisher dan Jeremy Irons. Versi terkini ini dikatakan berdurasi empat jam.

Trailer rasmi pertama untuk Zack Snyder’s Justice League telah dikeluarkan pada 15 Februari lalu dan mendapat sambutan baik oleh warganet. 

Ia juga telah mengundang pelbagai spekulasi perubahan jalan cerita kerana ia menampilkan beberapa watak dengan ‘warna’ baharu dan yang paling ‘diraikan’ adalah kemunculan Joker yang dimainkan oleh Jared Leto pada hujung trailer itu. 

Dalam Zack Snyder’s Justice League, Bruce Wayne bergabung tenaga bersama Diana Prince dengan rancangan untuk membentuk satu pasukan manusia meta untuk melindungi dunia daripada bencana. Semuanya untuk memastikan kematian Superman tidak sia-sia. 

Ternyata usaha mereka tidak mudah kerana setiap ahli mempunyai sejarah kelam masing-masing. Namun akhirnya mereka berjaya bersekutu untuk cuba menentang Steppenwolf, DeSaad dan Darkseid. 

HBO Go boleh dilanggan melalui Astro ataupun melalui laman https://www.hbogoasia.my/ - Getaran, 9 Mac 2021

Semua gambar: HBO Asia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Muzik 39 minit yang lalu

3 Dekad Bertapak, Dewa 19 Bukti Karya Rock Legenda Kekal Diminati

Konsert anjuran Icon Entertainment yang berlangsung lebih tiga jam itu bukan sekadar persembahan muzik, malah menjadi medan mengimbau kenangan dan nostalgia bua...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN