web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Meriahnya Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends!

Meriah betul 'Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends' bersama Yuna, Hael Husaini dan Altimet.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2021 1:20PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri animasi popular dan juga pemenang Program Pra-sekolah Terbaik di Asian Television Awards ke-24, ‘Didi & Friends’ yang dikenali dengan cerita dan lagu-lagu hiburan serta pengajaran untuk kanak-kanak kini muncul dalam Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.

Ini menjadikannya sebagai filem animasi pertama tempatan yang menemui para penonton di kaca televisyen pada tahun 2021 di Astro First. Selepas kejayaan konsert terdahulu, Konsert Hora Horey Didi & Friends (2018) dan Konsert Hora Horey LIVE! Didi & Friends (2019), Astro dan Digital Durian tidak teragak-agak untuk mempersembahkan konsert seterusnya.

Konsert ketiga ini dimeriahkan dengan kehadiran penyanyi-penyanyi Malaysia yang melakar nama di peringkat antarabangsa, Yuna, penyanyi dan komposer terbaik tahun 2017 dan 2018, Hael Husaini serta rapper berbakat besar, Altimet. Yuna menyanyikan lagu ‘Bunga Matahari’, manakala lagu ‘Bingo 2020’ dinyanyikan oleh Altimet dan ‘Rindu Serindunya’ oleh Hael Husaini.

Beralih kepada watak-watak utama, Didi, Nana dan Jojo tampil berbeza khas untuk konsert ini. Selain itu, karakter Pak Atan, Tatak dan Bingo turut meriahkan Konsert Hora Horey ini.

Bagi karakter nakal, ia menampilkan karakter Boon, Roon dan Mummy. Seterusnya, karakter Omar & Hana muncul di dalam lagu 'Ninja' dan Kak Hani bersama Abang Paan sebagai pengacara konsert itu nanti.

Penulis sempat menonton Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends bersama anak-anak yang berusia 6 tahun dan 3 tahun. Menonton konsert tersebut, anak-anak berasa sangat teruja dan seronok.

Malah, lirik lagu berbentuk nasihat yang dimainkan juga sangat memberi kesan yang positif dalam perkembangan anak-anak yang masih kecil.

Dari sisi lain, karakter yang dibawakan oleh semua watak utama dalam konsert siri animasi ini memberi pengajaran dan nilai yang baik yang boleh dijadikan ikutan si kecil. 

Antara daya tarikan lain Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends, ia menyaksikan kali pertama siri konsert ini dipadatkan dengan jalan cerita serta plot yang penuh drama.

Jadi, penonton bukan sahaja dapat berhibur dengan lagu-lagu tetapi dapat berseronok dengan telatah setiap karakter. Konsert berdurasi 90 minit ini mempersembahkan 33 buah lagu yang terdiri daripada tujuh lagu baharu dan tujuh lagu lama yang telah digubah semula dan 19 lagu daripada siri ‘Didi & Friends.’

Antaranya, ‘Rasa Sayang’, ‘Kalau Rasa Gembira’, ‘Mengantuknya Mumia’, ‘Bunyi Anak Haiwan’ dan ‘Rawr Rawr Raksasa’.

Lebih istimewa konsert ini dipersembahkan dalam dua bahasa, iaitu versi Bahasa Melayu yang telah ditayangkan bermula 25 Februari, manakala versi Bahasa Inggeris bermula pada 25 Mac nanti di Astro First. - Getaran, 9 Mac 2021

Semua gambar: Ihsan Astro First

Berita Berkaitan

1

Muzik 18 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

2

Muzik 1 minggu yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

3

Muzik 1 minggu yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

4

Muzik 1 minggu yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

Disyorkan untuk anda

Muzik 18 jam yang lalu

Konsert Rumah Hati Terima Sambutan Hangat, 80 Peratus Tiket Sudah Terjual

oleh Sophia Ahmad

Filem & TV 1 hari yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Filem berkenaan menerima pengiktirafan bagi kategori Babak Aksi “Single Take” Terpanjang Dalam Filem menerusi adegan tanpa suntingan yang dirakam menggunakan sa...

oleh Sophia Ahmad