Berita Terkini

1 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 1 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 1 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 1 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 1 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


'Kerana Korona:' Audit Kasih Sayang Kekeluargaan

Kabir Bhatia muncul lagi dengan sebuah karya hebat yang hanya dapat ditonton di 'pawagam' rumah anda melalui siaran khas di Astro. Ikuti ulasan filem ini yang menceritakan cabaran hidup di kala pandemik COVID-19.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2021 12:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menonton naskhah arahan Kabir Bhatia, secara automatik penonton mengharapkan sinematografi yang cantik dan mendamaikan. Itu antara persoalan yang bermain di minda bagaimana sutradara ini mampu mengekalkan magisnya dalam karya kali ini.

Lebih-lebih lagi dengan kekangan berkarya dalam situasi pandemik COVID-19 ini. Penulis menghela nafas lega sebaik babak awal dipaparkan, kerana signature Kabir jelas kelihatan.

Hal itu tidak perlu diperkatakan kerana Kabir lulus dengan baik seperti selalu dalam setiap sudut penggambaran dan mood dipaparkan menghidupkan kisah yang diangkat dalam Kerana Korona (KK).

Filem ini bergerak dengan kemas dan plot yang tersusun cantik. Begitu juga jalan cerita yang dipilih. Bukan luar biasa, namun banyak istimewanya.

Nyawa KK jelas pada gabungan jalan cerita yang menarik dengan pemilihan nama besar yang kredibiliti lakonan mereka berada pada kelas tersendiri. Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Rita Rudaini, Rashidi Ishak dan Ummi Nazeera menjalankan tugas dengan baik.

Menyentuh mengenai jalan cerita filem ini, nilai kekeluargaan dan kasih sayang membuatkan ia menjadi begitu dekat dengan semua yang menonton, malah latar dan babak dalam filem ini sangat realistik dalam rutin masyarakat hari ini.

KK memberikan sisi positif dan hikmah berlakunya COVID-19 iaitu, peluang bagi sebuah keluarga untuk 'audit' hubungan kasih sayang mereka yang selama ini diisi kesibukan kerja dan hanya bersua muka saat malam sudah menjelma.

KK juga menarik kerana perjuangan menyelamatkan hubungan serta kasih sayang keluarga dilakukan menerusi kaca mata seorang anak kecil dengan 'Misi Keluarga Bahagia Bob.' (Anda akan faham lepas menonton filem ini.)

Lakonan pelakon cilik, Umar Shakur ini juga selayaknya mendapat pujian. Bersahaja dan real serta berjaya menawan emosi penonton yang turut larut dengan perwatakannya.

Banyak perkara menarik dalam KK jika dilihat dengan menyeluruh termasuk unsur semiotik jus dan buah lemon yang digambarkan mengenai suasana COVID-19 ketika ini.

Penulis juga senyum apabila pasukan KK ambil peduli small little things yang membuatkan filem ini hidup seperti shot baju dan beg yang digantung belakang pintu bilik. Hal ini, pada penulis sangat menarik kerana ia amalan yang lazim bagi ramai orang dalam rumah mereka.

Penulis juga tertarik dengan nilai yang jarang dipaparkan dalam keluarga moden hari ini, iaitu anak angkat pinggan sendiri dari meja selepas selesai makan. Anda akan saksikan dalam filem ini. Mungkin remeh pada sesetengah orang, tapi nilai begini sangat cantik dan sentiasa anda ditemui pada filem luar terutamanya Thailand.

Paling manis dan membuat KK lain dari lain ialah menerusi petikan kata-kata yang sangat bermakna dituturkan dalam filem ini. Petikan kata-kata yang selalunya anda temui dalam filem Hindi.

Antara petikan menarik pastinya:

“Macam mana kau tahu PKP sekejap, kalau sampai kiamat macam mana?” – Kata Maya kepada Harun.

“Kalau Man silap, Man pergi betulkan balik silap Man.” – Kata Laila kepada Razman.

“Selagi kita boleh tolong, kita tolong.” – Kata Leman kepada Dr Janna.

KK naskhah yang wajar ditonton dan hampir satu jam 30 minit anda berbaloi dengan senyuman, tawa dan sesekali menyeka mata. - Getaran, 28 Januari 2021  

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Vaksin COVID-19: Berhenti Selindung Di Sebalik NDA, Dedah Kerugian Ditanggung Kerajaan 

2

Filem & TV 2 hari yang lalu

‘Tujuh Dua Belas’ Tampilkan Pelakon Wanita Yang Mampu Bertarung, Angkat Kisah Penculikan Kanak-Kanak – Pengarah

3

Selebriti 6 hari yang lalu

Penonton Tak Boleh Beza Mana Satu Lakonan - Sean Lee Terkilan Apabila Terpaksa Tolak Tawaran Filem Pulau

4

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Penggambaran Filem 'Anwar' Sepenuhnya Di Indonesia, Angkat Versi Yang Pernah Digelapkan Media - Penerbit

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Selebriti 5 jam yang lalu

Artis Juga Perlukan Pengawal Peribadi - Hafreez Adam Komen Isu Kamal Adli Diserang Di Singapura 

oleh Rubini Nagarajah

Selebriti 1 hari yang lalu

“Saya Rasa Bagaikan Mimpi” - DJ Lin Terharu Dapat Tajaan Menunaikan Umrah Di Bulan Ramadan

Menurut DJ Lin, peluang keemasan ini tidak mungkin ditolaknya kerana sudah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah di bulan Ramadan.

oleh Helmi Anuar

Selebriti 1 hari yang lalu

'Kami Bincang Elok-Elok' - Anna Jobling Nafi Dia Dan Meerqeen Bergaduh 

Anna Jobling juga mendedahkan dia bakal melebarkan kerjaya lakonannya di Indonesia selepas lebaran nanti. 

oleh Wafa Aula

Selebriti 1 hari yang lalu

Apa Motif Tuntutan Nusyuz Ini Dibuat, Kenapa Baru Sekarang? - Puteri Sarah Persoal Tindakan Syamsul Yusof

oleh Wartawan Hiburan Getaran