web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Beginilah Bila Aiman Hakim Nak Jadi Penyampai Radio

Faisal cuma ada 28 hari sahaja untuk kembali mendapatkan cinta pertamanya!

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 2:49PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Cerita terbaharu TV3, ‘28 Hari Mencari Cinta’ menampilkan Aiman Hakim Ridza dan Hannah Delisha sebagai peneraju utamanya. Dalam cerita kali ini, Aiman membawakan watak Faisal yang memang bercita-cita menjadi seorang penyampai radio.

Dalam drama bersiri 15 episod ini juga, Faisal memulakan langkah dengan mewujudkan podcast yang diterbitkannya sendiri.

Namun, satu perkara yang Faisal tidak boleh lupakan ialah cinta pertamanya dengan Saleha lakonan Hannah Delisha yang mempunyai ciri-ciri gadis yang diinginkan.

Faisal tidak tahu kenapa mereka berpisah secara tiba-tiba. Saleha telah meninggalkan dia tanpa sebab dan tidak dapat dijejaki sehingga kini. 

Saleha pula meneruskan kehidupannya sebagai perancang kewangan di sebuah syarikat swasta kerana tidak berminat untuk bekerja di syarikat milik ayahnya, Encik Rahmat.

Dia ingin berdikari dan tidak mahu mengharapkan kesenangan hidup yang diberikan oleh ayahnya. 

Saleha bertunang dengan Danial lakonan Ameerul Asyraf atas kehendak Encik Rahmat.

Saleha tidak menyukai sikap Danial yang suka berfoya-foya tetapi Encik Rahmat sering memuji Danial yang menjadi harapannya untuk terus memajukan perniagaannya ke peringkat global.

Saleha tidak sampai hati untuk memberitahu keadaan sebenar yang bakal menghampakan ayahnya. 

Dalam keadaan itu, Saleha teringat pada Faisal, cinta pertamanya yang dianggap sebagai seorang lelaki dungu yang selalu membuat kesilapan malah sering kali mengulanginya.

Lelaki itu jugalah telah mengunci hatinya untuk mencintai dan mengharapkan agar satu hari nanti takdir akan menemukan mereka berdua.  

Podcast Faisal yang diberikan nama ‘Love Barista’ membincangkan tentang kisah cinta, memberi petua untuk mencari cinta dan juga menyelesaikan masalah cinta.

Podcast itu mendapat sambutan ramai sehingga ada kawan-kawan Saleha yang tularkannya dan membuatkan Saleha ingin tahu apa yang menariknya tentang podcast itu.

Takdir menemukan kembali Faisal dan Saleha. Dalam masa yang sama, Faisal mendapat tawaran kerja sebagai DJ di Australia. Dia harus berada di sana dalam masa 28 hari.

Di sinilah bermula syarat yang diberikan oleh Saleha kepada Faisal iaitu 28 hari mencari cinta untuk kembali berkasih.

Anda boleh menyaksikan ‘28 Hari Mencari Cinta’ setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menerusi slot Lestary di TV3 dan strim secara langsung di www.tonton.com.my. - Getaran, 28 Disember 2021

Gambar: TV3

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Saksikan Keperitan Hidup Puteri Balqis Dalam Khilaf Yang Tertulis 

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

'Man Kubur' Tolak Rasa Malu, Teruskan Legasi Ayah Hasilkan Kepok Kubur

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Pempengaruh Diingatkan Hati-Hati Kendali Podcast - Fahmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Rafizi Rancang Podcast YBM Bermula 8 Januari 

Sorotan

1

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

2

Tun M Sambut Ulan Tahun Kelahiran Ke-101

3

Suspek Kes Tikam Rakan Sekolah Didakwa Di Mahkamah

4

‘Bakal Pemimpin Kerajaan Negeri Bebas Rasuah Jika PH Menang’ - Dr Maszlee

5

‘Hapuskan Politik Perkauman, Bila Islam Ajar Kita Hina Orang?’ - PM

6

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

Disyorkan untuk anda

Selebriti 19 jam yang lalu

Tisha Shamsir Nafi Terbabit Dadah, Mengaku Tak Bersalah Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad