web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jejambat JL99 Dibuka Secara Rasmi, Kemudahan Eksklusif Untuk Penghuni 99 Residence

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2024 8:51PM

Jeff Lee (tengah) di majlis pelancaran jejambat Legasi JL99 Group - gambar Amirah Abu Bakar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemaju terkemuka, JL99 hari ini melakar satu lagi sejarah apabila melancarkan secara rasmi jejambat Legasi JL99 Group, khusus buat penghuni kondominium 99 Residence.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee berkata, jejambat berharga RM18 juta itu adalah antara keistimewaan yang bakal dinikmati semua penghuni.

Menurutnya, jejambat itu menyediakan akses ke pusat bandaraya dan turut memainkan peranan sebagai laluan masuk utama ke kondominium berkenaan.

“Pengguna lain boleh melalui jejambat ini, tetapi bukan untuk memasuki ruang kondominium. 

“Ada tapisan yang ketat untuk semua pengguna bagi memastikan tahap keselamatan semua penghuni sentiasa terjaga,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di majlis pelancaran jejambat di sini hari ini.

Jeff Lee ketika ditemui selepas majlis pelancaran jejambat Legasi JL99 Group - gambar Amirah Abu Bakar
Jeff Lee ketika ditemui selepas majlis pelancaran jejambat Legasi JL99 Group - gambar Amirah Abu Bakar

Menurut Lee, pihaknya mengambil masa 18 bulan untuk membina jejambat terbabit, termasuk menjalankan beberapa ujian bagi memastikan ia benar-benar selamat digunakan.

“Jejambat ini menepati piawaian ditetapkan pihak berkuasa, dan berjaya melepasi semua ujian keselamatan dilakukan.

“JL99 amat memandang serius aspek keselamatan. Tiada kompromi dalam hal ini,” katanya.

Lee menarik perhatian, 99 Residence memiliki empat tapisan keselamatan bermula dari jejambat itu, bagi memastikan ia tidak boleh diceroboh.

“Pergerakan orang luar yang bukan penghuni kondominium ini akan disekat sebelum main entrance lagi. Jadi tidak timbul isu penceroboh dan sebagainya.

“Kondominium ini ada pelbagai ruangan untuk beriadah atau aktiviti rekreasi. Kami mahu semua keselamatan semua penghuni di setiap lokasi berkenaan sentiasa terjamin,” katanya. 

Dalam perkembangan berkaitan beliau memberitahu, 99 Residence memiliki lima zon fasiliti yang terletak di aras 1, aras 10 dan aras bumbung.

Aras 1 katanya menempatkan trek joging dan brisk walking manakala aras 10 menempatkan Zon Aqua, Taman, Harmoni dan Energetic.

“Di aras 10 ini, penghuni boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti berenang, bersenam. Di sini juga ditempatkan taman permainan kanak-kanak, bilik aerobik, gelanggang skuasy dan dewan serba guna yang turut dilengkapi gelanggang badminton,” katanya. - Getaran, 6 Januari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelancaran Biografi Jeff Lee Sarat Emosi, Liku Hidup Sentuh Hati Tetamu

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

99 Residence Pembelian Terbaik, Pemilik Teruja Kemudahan Seperti Resort Percutian

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Penjawat Awam Tak Sangka Terima Tuah Berganda

4

Ekonomi 3 tahun yang lalu

99 Legend Pahat Kukuh Nama JL99, Guna Teknologi Canggih Bertaraf Antarabangsa

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas