web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


99 Residence Pembelian Terbaik, Pemilik Teruja Kemudahan Seperti Resort Percutian

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2024 12:37PM

Jeff Lee (tengah) bergambar bersama keluarga seorang daripada penerima kunci 99 Residence - gambar Sophia Ahmad

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Melangkah masuk ke kediaman yang dilengkapi pelbagai kemudahan bertaraf mewah adalah idaman setiap keluarga.

Pengalaman ini pastinya bertambah manis jika kediaman tersebut serba sempurna, tanpa sebarang kerosakan walaupun kecil.

Bagi pasangan suami isteri Mohd Zakeri dan Nur Afiqah Mohd Fais, percaturan untuk membeli unit kondominium 99 Residence pada 2019 adalah pulangan yang amat berbaloi.

Pasangan Mohd Zakeri dan Nur Afiqah Mohd Fais - gambar Sophia Ahmad
Pasangan Mohd Zakeri dan Nur Afiqah Mohd Fais - gambar Sophia Ahmad

Suami isteri muda berusia lingkungan 30an ini berkata, pertama kali mengunjungi galeri jualan 99 Residence, hati mereka terus terpaut.

“Semua proses berjalan dengan penuh lancar, malah petugas dari syarikat pemaju JL99 juga amat membantu.

“Ia membuatkan semua perkara yang perlu dibereskan sempurna dengan begitu cepat, termasuk urusan perbankan,” kata Mohd Zakeri kepada Getaran ketika ditemui di majlis penyerahan kunci rumah. 

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee.

Nur Afiqah pula memberitahu, 99 Residence menjadi pilihan kerana kompleks kediaman itu terletak berhampiran dengan kediaman keluarganya di Selayang.

“Senang kami mahu berulang jika ada sebarang kecemasan atau sebagainya,” katanya sambil mengakui, dia bersyukur kerana membuat pilihan rumah yang tepat.

Hamidah Rajali dan suaminya, Shameer Pitpit - gambar Sophia Ahmad
Hamidah Rajali dan suaminya, Shameer Pitpit - gambar Sophia Ahmad

Bagi Hamidah Rajali, pencapaian JL99 dalam pembangunan hartanah tidak perlu dipertikaikan, justeru dia dan suami, Shameer Pitpit yang berasal dari India tidak teragak-agak untuk membuat pembelian sebaik 99 Residence dibuka untuk jualan.

“Saya sebelum ini bertugas sebagai arkitek sebelum memutuskan untuk bersara awal, manakala suami pula masih bertugas sebagai jurutera.

“Kami memang tahu kualiti projek dibangunkan JL99 sememangnya amat tinggi dan menakjubkan. Bila suami mencadangkan untuk kami membeli unit di 99 Residence, saya terus bersetuju,” katanya.

Jelas Hamidah, 99 Residence umpama sebuah resort dalam bandar yang menawarkan kemudahan serba lengkap.

“Tak perlu lagi keluar bercuti ke mana-mana. Duduk di sini pun sudah terasa seperti bercuti,” katanya sambil tertawa. - Getaran, 4 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Jejambat JL99 Dibuka Secara Rasmi, Kemudahan Eksklusif Untuk Penghuni 99 Residence

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas