web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


99 Legend Pahat Kukuh Nama JL99, Guna Teknologi Canggih Bertaraf Antarabangsa

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2023 4:22PM

Datuk Seri Jeff Lee bersama model projek 99 Legend - Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR –  Pemaju terkemuka, Kumpulan JL99 terus gah mengorak langkah dalam dunia hartanah, menerusi pembangunan fasa kedua JL Legacity @ KL North.

Melibatkan nilai pembangunan kasar berjumlah RM709 juta, projek dikenali sebagai 99 Legend itu terdiri daripada service apartment yang menampilkan 55 fasiliti mewah.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee berkata, 99 Legend yang dibangunkan di atas kawasan seluas 1.71 hektar dibarisi 1,214 unit kediaman di bangunan setinggi 57 tingkat.

Lebih mengagumkan jelas Lee, bangunan tersebut turut menempatkan lima unit penthouse, dengan satu daripadanya bakal menjadi kediaman peribadinya selepas ini.

“Projek ini adalah sebahagian daripada JL Legacity yang terletak bersebelahan dengan Bulatan Batu Caves di Jalan Kuching.

“Kawasan ini juga dikenali sebagai KL North, mengambil kira kedudukannya di bahagian utara ibu negara,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di galeri jualan Kumpulan JL99 di sini baru-baru ini.

Pemandangan dalam unit contoh 99 Legend - Abdul Razak Latif
Pemandangan dalam unit contoh 99 Legend - Abdul Razak Latif

Lee memberitahu, fasa pertama JL Legacity, 99 Residence mendapat sambutan yang amat menggalakkan dengan hanya berbaki 35 unit sahaja.

“Projek ini dijangka siap sepenuhnya hujung tahun nanti.

“Bagi 99 Legend pula, 50 peratus binaan cerucuk sudah dijalankan dan kami meletakkan sasaran 48 bulan untuk keseluruhan projek siap sepenuhnya,” katanya.

Beliau menarik perhatian, setiap unit kediaman yang didatangkan dalam beberapa spesifikasi memiliki dua hingga tiga lot parkir secara bersebelahan.

“Unit ‘crown penthouse’ pula memiliki antara lima hingga 10 lot parkir, dan kemudahan seperti ini amat jarang terdapat pada projek pembangunan lain,” katanya.

Menekankan kualiti dan keselesaan penghuni sebagai agenda utama, Lee berkata, setiap projek kediaman dibangunkan JL99 memiliki ciri khas tersendiri.

“Untuk 99 Legend misalnya, kami memperuntukkan RM20 juta bagi membina flyover eksklusif, demi kemudahan akses penghuni dan membolehkan pelawat melalui Jalan Lingkaran Tengah Kedua (MRR2).

"Selain itu, dua kolam renang khas iaitu Iconic Shark Beach bertemakan pantai bersama pasir dan Exclusive Infinity Sky Pool dengan pemandangan menara berkembar KLCC turut ditawarkan,” katanya.

Pembangunan 99 Legend juga katanya, menampilkan pelbagai teknologi canggih terkini dari luar negara.

“Ia termasuk butang lif tanpa sentuh ke aras kediaman dan aras kemudahan fasiliti, pengecaman plat lesen kereta (tanpa kad akses), bilik simpanan penghantaran makanan dan bungkusan tanpa interaksi (contactless delivery) seperti  Grabfood, Shopee, Lazada, Pos laju dan lain-lain, ruang pengecasan kenderaan elektrik (EV) dan penapis air berpusat, " katanya.

Lif dengan teknologi 'air touch' di 99 Legend - Abdul Razak Latif
Lif dengan teknologi 'air touch' di 99 Legend - Abdul Razak Latif

Lee berkata, harga Perjanjian Jual beli (SPA) 99 Legend bermula dari RM478,250 untuk unit berkeluasan 735 kaki persegi (kp) dengan bayaran bulanan dari RM1,900, RM572,500 (RM2,300) untuk 880 kp (RM 2,300), RM689,150 untuk 1,050 (RM 2,700) dan RM761,320 untuk unit seluas 1,152 kp (RM3,000).

“Pembeli Bumiputera berpeluang menikmati insentif antara enam sehingga lapan peratus.

“Untuk kemudahan penghuni, kami juga membina dua kolam renang khas iaitu Iconic Shark Beach bertemakan pantai bersama pasir dan Exclusive Infinity Sky Pool dengan pemandangan KLCC,” katanya.

Sebagai tambahan jelas beliau, pihaknya turut menawarkan hadiah lumayan menerusi program ‘you can be a millionaire’ yang diadakan sempena pembangunan projek berkenaan.

“Kami mengadakan dua pusingan cabutan bertuah bernilai RM3 juta.

“Menerusi program ini, dua pembeli masing-masing berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM1 juta. Turut ditawarkan ialah hadiah iringan yang juga berjumlah RM1 juta untuk pembeli lain “ katanya. - Getaran, 13 Julai 2023
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pelancaran Biografi Jeff Lee Sarat Emosi, Liku Hidup Sentuh Hati Tetamu

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Jejambat JL99 Dibuka Secara Rasmi, Kemudahan Eksklusif Untuk Penghuni 99 Residence

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Beli Rumah Dapat Kereta, Penjawat Awam Tak Sangka Terima Tuah Berganda

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Projek Pembangunan Semula Bukan Untuk Syok Sendiri, Perlu Fikir Keselesaan Penghuni

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas